Akaun-akaun Tune Talk, Tone Excel, Tone Plus, WOWFreeCall dan MyTonePlus

Apabila anda menyertai Komuniti Mudah Alih WOW dan menggunakan Sim Kad Prepaid Tone Excel atau Tone Plus, anda perlu tahu membezakan entiti yang terlibat dan ke mana perlu dirujuk sekiranya terdapat permasalahan.

1. Pembekal Rasmi Perkhidmatan Talian – Tune Talk Sdn Bhdwww.tunetalk.com

2. Pengendali Rasmi Program Tone Excel – Tone Excel Sdn Bhdwww.toneexcel.com

3. Pengendali Rasmi Program Tone Plus – Tone Plus Sdn Bhdwww.toneplus.com.my

Sementara itu, terdapat banyak laman web di online yang dibuat oleh ahli-ahli kedua-dua program untuk mempromosi bisnes ini. Bagi kumpulan saya, kami menggunakan laman-laman web promosi dan penajaan seperti berikut:

a) Web Promosi & Penajaan Online Program Tone Excel:  www.wowfreecall.com

b) Web Promosi dan Penajaan Online Program Tone Plus: www.mytoneplus.com

.

1. Akaun ‘Self Care’ Pengguna Tune Talk

Selaku peserta program ini anda adalah pengguna talian Tune Talk. Anda akan diberikan akaun ‘Self Care’ oleh Tune Talk bagi menguruskan hal-hal berkaitan penggunaan talian prepaid Tune Talk anda.

Apa yang boleh di lakukan di akaun Self Care?

1. Melihat penggunaan talian TuneTalk anda.

2. Menambah nombor baru, booking nombor dan mengubah nombor sedia ada.

3. Hal-hal berkaitan insuran PA 100K dan Point Tiket Air Asia

4. Melakukan Top Up dan lain-lain

Akaun anda boleh dilayari di www.tunetalk.com dan klik ‘Self Care’. Untuk masuk ke akaun anda, sila masukkan Username iaitu nombor IC/passport dan Password anda. Bagi mereka yang pertama kali untuk LOGIN ke akaun self care laman Web ini, sila ikut arahan seperti dalam Pejabat Maya untuk mendapatkan Password.

Isu-isu Password Self Care:

Isu yang sering kali timbul adalah tidak mendapat maklum balas dari Tune Talk berkenaan ‘password’. Berikut adalah beberapa penjelasan saya:

1.  Password akan di hantar kepada kepada anda setelah menekan butang ‘SUBMIT’.

2. Ia dihantar ke nombor TuneTalk anda. Pastikan nombor TuneTalk sedang ‘on’.

3. Ia dihantar dalam bentuk ‘Flash Message’. Ini bermaksud, ia bukan seperti message biasa yang anda boleh simpan atau ‘save’.  Ia akan dipaparkan di screen phone anda dan jika anda menekan apa-apa butang di phone anda, ia akan hilang.

4. Sebaiknya anda siapkan pen dan kertas apabila menerima ‘Flash Message’ ini dan catitkan secepat mungkin.

5. Sekiranya anda tidak sengaja memadamkannya. Sila ulang semula semua proses. Anda hanya boleh melakukan proses ini 3 kali sehari sahaja. Jika telah 3 kali, sila buat keesokan hari atau setelah 24 jam.

Jika anda ada masalah, sila hubungi terus pihak TuneTalk di 13100 atau 03-7949 0000 dan minta mereka setkan semula password Self Care anda.

.

2. Akaun Ahli Berdaftar Program Tone Excel

Selaku peserta atau ahli program ini, anda akan mempunyai satu akaun peribadi di Tone Excel. Akaun peribadi yang diberikan di Laman web www.toneexcel.com adalah untuk anda menguruskan hal-hal berkaitan maklumat keahlian anda dalam Program Pelan Tone Excel ini.

Apa yang boleh di lakukan di akaun Tone Excel?

1. Melihat Komisyen dan Bonus yang diterima.

2. Mengemaskini maklumat peribadi.

3. Melihat kedudukan ahli kumpulan anda (downline)

4. Melihat berita semasa komuniti WOW.

Apabila anda telah didaftarkan sebagai Ahli Tone Excel maka anda akan diberikan satu akaun di laman web http://www.toneexcel.com. Klik laman web tersebut dan masukkan username anda (No IC) dan Password. Jika anda mempunyai banyak akaun program ini, username IC perlu ditambah A, B, C..  Jika anda pertama kali login ke akaun ini password sementara adalah 1234.

Anda boleh login ke laman web anda disini – www.toneexcel.com. Sekiranya anda gagal masuk ke akaun ini, sila talipon Care Line di 010-5000 969 / 010-5333 969 atau Ibu Pejabat Tone Excel di 03-9056 3809 untuk mengetahui password anda.

.

3. Akaun Ahli Berdaftar Program Tone Plus

Selaku peserta atau ahli program ini, anda juga akan mempunyai satu akaun peribadi di laman web rasmi Tone Plus. Akaun di Laman web ini adalah untuk anda menguruskan hal-hal berkaitan maklumat penyertaan anda dan pengguna anda dalam Program Tone Plus ini.

Apa yang boleh di lakukan di akaun Tone Plus?

1. Melihat Komisyen dan Bonus yang diterima.

2. Mengemaskini maklumat peribadi.

3. Mendaftar ahli pengguna kumpulan anda.

4. Melihat kedudukan ahli kumpulan anda (downline)

5. Melihat berita semasa.

Apabila anda telah didaftarkan sebagai ahli Tone Plus maka anda akan diberikan satu akaun di laman web www.toneplus.com.my. Klik laman web tersebut dan masukkan username anda (No IC) dan Password. Jika anda mempunyai banyak akaun program ini, username IC perlu ditambah A, B, C..  Jika anda pertama kali login ke akaun ini password sementara adalah 1234.

Anda boleh login ke laman web tersebut,  sekiranya anda gagal masuk ke akaun ini, sila talipon Care Line di 010-772 7587 atau Ibu Pejabat Tone Plus di 03-9054 3809 untuk mengetahui password anda.

.

4. Akaun-akaun Laman Web Penajaan dan Promosi : WOWFreeCall.com dan MyTonePlus.com

                

Kedua-dua laman diatas adalah laman web promosi yang digunakan untuk membantu anda mempromosi dan menaja atau merujuk ahli baru melalui sistem pemasaran online. Ia merupakan laman web promosi peribadi yang boleh di gunakan oleh ahli kerana ia membenarkan replika laman web tersebut digunakan.  Laman-laman web tersebut diuruskan oleh ADMIN yang bebas. ADMIN adalah juga peserta program tersebut dan hanya membantu anda menaja dan mempromosi program-program tersebut.

Laman web promosi WOWFreeCall.com adalah untuk Program Tone Excel sementara itu web promosi Mytoneplus.com pula adalah untuk Program Tone Plus.

Apa yang boleh di lakukan di akaun laman web promosi tersebut?

1. Mempromosi diri dan bisnes anda dengan memperkenalkan link laman web replika.

2. Membantu dan mendaftarkan mereka sebagai ahli kumpulan anda.

3. ADMIN juga membantu perkara-perkara seperti yang terdapat di menu dalam Pejabat Maya anda.

Untuk login ke laman web promosi WOWFreeCall.com sila klik www.wowfreecall.com.  dan untuk login laman web promosi MyTonePlus.com sila klik www.mytoneplus.com.

Sebarang permasalahan di kedua0dua laman web ini, sila hubungi 010-7962 696 atau 010-7713 006.

“Dream BIG and Keep It SIMPLE”

About these ads

About Ratubuah

Kamaruzaman Zainal (KZ), B. Mgt (USM). Managing Own Network Marketing Business (XANGO, TONE EXCEL & TONE PLUS). From Kuala Lumpur, Malaysia.
This entry was posted in ABC LAMAN WEB PROMOSI, Akaun Self Care, MANFAAT-MANFAAT, PELUANG BUAT DUIT! and tagged , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

3 Responses to Akaun-akaun Tune Talk, Tone Excel, Tone Plus, WOWFreeCall dan MyTonePlus

  1. junior michael says:

    Boleh tlg jelaskan step2 nak tukar nombor s
    di dalam selfcare.?

  2. tunetalk memang menjana pendaptan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s