Apa Yang Dicari?

Dari hari ke hari, keperluan untuk menyediakan keperluan asas untuk diri sendiri dan keluarga semakin bertambah. Harga barangan sentiasa naik tetapi pendapatan tidak meningkat dengan cepat seperti mana kenaikan harga barangan. Ini menyebabkan ramai hidup dalam keadaan terdesak untuk mengatasi permasalahan ini lantas ada yang terpaksa berhutang sana-sini untuk menyelesaikan pelbagai dilema kewangan mereka.

Sebaliknya, terdapat ramai juga yang inginkan sesuatu yang lebih untuk diri mereka dan keluarga. Keselesaan hidup menjadi matlamat kewangan mereka. Mereka mungkin mempunyai keperluan asas tetapi inginkan lebih wang untuk menghapuskan hutang cepat, menambahkan wang simpanan, merangka pelan pencen, beli rumah atau kereta idaman atau pun mengerjakan Haji, Selain itu, nikmat hidup seharian seperti menjadi ibu bapa yang sentiasa dirumah dan bercuti lebih lama atau  lebih masa terluang juga menjadi pilihan keselesaan hidup masa ini.

Daripada senario diatas dapat dirumuskan bahawa kebebasan kewangan menjadi salah satu aspek penting dalam kehidupan bermakna dunia.

Sebagai salah satu jalan keluar, memandangkan 9 dari 10 punca rezeki datangnya dari perniagaan, ramai antara kita yang memasang cita-cita ingin berjaya sebagai ahli perniagaan atau menukar karier mereka untuk berniaga sendiri. Namun, perniagaan bukanlah semudah yang disangka.

Salah satu cara perniagaan yang popular pada masa ini adalah perniagaan Pemasaran Rangkaian. Perniagaan ini sememangnya telah terbukti berjaya meningkatkan ekonomi pengamalnya, walaubagaimanapun terdapat juga mereka yang hangus terbakar akibatnya. Oleh kerana bisnes ini menyentuh setiap mereka yang ingin mencuba, terdapat ramai yang bersikap sinikal.

Kenapa?

Jawapan saya mudah. Sebuah perniagaan tetap sebuah perniagaan, jika kita perhatikan disekeliling kita, berapa ramai ahli perniagaan? Jawapannya pasti lebih kurang 5%. Begitu juga dengan bisnes perniagaan Pemasaran Rangkaian ini, bukan semua orang boleh berjaya, tetapi semua orang boleh mencuba, boleh berusaha, boleh belajar ilmu perniagaan dalam Pemasaran Rangkaian. 50% faktor kejayaan tetap bergantung pada anda dan bukan orang lain. 50% faktor selebihnya adalah bergantung kepada syarikat yang anda sertai, pengurusan syarikat tersebut, produk serta pasarannya, pelan pemasarannya dan latihan pembelajaran yang ada dalam organisasi anda. Jika ingin diperincikan, ia mungkin menjadi seperti dibawah:

1. Kepimpinan Anda – 30%

2. Skill Perniagaan Anda – 20%

3. Pemilihan Syarikat – 10%

4. Pengurusan Syarikat – 10%

5. Produk dan Pasaran Syarikat – 10%

6. Pelan Imbuhan Syarikat – 10%

7. Pembelajaran & Latihan Organisasi – 10%

Nah! peratusan diatas mungkin tidak setepat yang diharapkan tetapi setelah saya mengkaji bisnes ini, saya boleh menyimpulkan bahawa faktor-faktor diatas yang menyebabkan seseorang itu berjaya dalam bisnes Pemasaran Rangkaian.

“Dream BIG and keep it SIMPLE”

About Kamaruzaman Zainal (KZ)

Kamaruzaman Zainal (KZ), B. Mgt (USM). Managing Own Network Marketing Business. Member of Tone Group : Service Center of TONE EXCEL and Premium Branch of TONE PLUS. Founder of MyTonePlus.com.
This entry was posted in INSPIRASI NETWORKING and tagged , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s