WOWFreeCall.com Memudahkan Bisnes Online Anda

Apabila saya menyertai program Komuniti Mudah Alih WOW, cabaran terbesar yang dihadapi adalah untuk mempromosi bisnes ini dan menguruskan rakan-rakan niaga dalam kumpulan.

Cuba anda bayangkan proses manual yang diambil untuk melaksanakan bisnes ini:

1. Memberikan penerangan tentang program komuniti ini dan peluang menjana pendapatan kepada prospek.

2. Mengisikan borang keahlian prospek dan menghantar ke pejabat bersama wang penyertaan RM80.00.

3. Mendapatkan Sim Kad (Prepaid Tone Excel) yang telah diaktifkan oleh pejabat dan dihantar semula kepada ahli baru tadi.

Bagi saya, ia tidak mungkin boleh dilakukan dengan mudah untuk satu jangka masa panjang. Sudah pasti banyak masa dan tenaga akan terbuang. Tambahan lagi, jika kita boleh melakukannya, adakah rakan niaga lain juga boleh melakukannya?  Fikirkan! Maaf, jika saya katakan TIDAK! Ia tidak berbaloi.

Setelah difikirkan, satu-satunya cara bisnes ini boleh diusahakan dengan efisen dan pantas adalah menggunakan sistem online. Segala maklumat tentang program komuniti dan peluang menjana pendapatan dengan mudah boleh dibaca prospek. Pengisian borang keahlian dan pembayaran wang penyertaan juga setempat. Paling menarik, Sim Kad boleh dihantar ke pintu rumah! Jimat Masa, Jimat Tenaga! Rakan niaga juga boleh diajar untuk melakukannya perkara sama. Maka duplikasi boleh berlaku dengan pantas. Seperti mana diketahui dalam pemasaran rangkaian, duplikasi merupakan nadi perkembangan bisnes. Jika duplikasi boleh berlaku dengan pantas dan mudah, program ini boleh menjadi ‘Home Business’ yang amat memberangsangkan.

Timbul pula soal kepercayaan dalam hal bisnes online ini. Ada yang ragu-ragu samada mereka akan menerima Sim Kad yang akan dihantar oleh ADMIN. Dengan demikian, saya mencadangkan agar rakan niaga membeli beberapa keping Sim Kad dari ADMIN dan aktifkan Sim Kad tersebut di laman web Tune Talk di hadapan mereka setelah mereka membayar anda. Langkah berikutnya, anda hanya perlu memastikan maklumat peribadi ahli baru tersebut telah diisi penuh di laman web WOWFreeCall.com dan seterusnya, memberitahu ADMIN agar mengaktifkan keahlian mereka dalam program Komuniti ini di Tone Excel.

Antara ciri-ciri utama laman web WOWFreeCall.com ini adalah ia mudah dipromosikan oleh rakan niaga kerana setiap ahli akan mempunyai laman web replika sendiri untuk menaja ahli baru. Sistem Pejabat Mayanya juga membantu memantau prospek-prospek baru yang mendaftar. Selain itu, Sistem Email Auto Responder (ARS) juga digunakan untuk ‘follow up’ prospek-prospek baru yang telah mendaftar.

Paling menarik, segala urusan pengaktifan Sim Kad Prepaid Tone Excel, pendaftaran keahlian dan penghantaran Sim Kad untuk ahli baru juga akan dilakukan oleh ADMIN. Dengan kata lain, ia sangat-sangat memudahkan anda untuk menguruskan promosi bisnes ini kerana itu sahaja kerja anda iaitu PROMOSI LAMAN WEB ANDA!

Bagi mereka yang baru menyertai kami, saya harap anda dapat memahirkan diri anda dengan fungsi-fungsi laman web ini, klik segala menu yang ada dan fahami apa yang perlu dilakukan, Anda perlu tahu kerana anda juga perlu memberitahu rakan niaga baru apa yang perlu dilakukan. Belajar dan Mengajar!

“Dream BIG and keep it SIMPLE”

About Kamaruzaman Zainal (KZ)

Kamaruzaman Zainal (KZ), B. Mgt (USM). Managing Own Network Marketing Business. Member of Tone Group : Service Center of TONE EXCEL and Premium Branch of TONE PLUS. Founder of MyTonePlus.com.
This entry was posted in ABC LAMAN WEB PROMOSI, Program Tone Excel and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s