Tone Excel : Cara Daftar Percuma di Laman Web Promosi WowFreeCall.com

Setelah anda membuat keputusan untuk menyertai pelan Tone Excel, anda boleh mendaftar di mana-mana laman web promosi WowFreeCall.com.

Terdapat 2 cara mendaftar PERCUMA melalui laman web WOWFreeCall.com. Pertama, mendaftar diri anda sendiri dan kedua, mendaftarkan kenalan anda sebagai rakan kumpulan anda.

CARA 1 : Mendaftar diri sendiri.

Apabila anda ingin mendaftar di laman web ini, penaja anda adalah mereka yang memperkenalkan laman web ini kepada anda. Di muka hadapan laman web, nama penaja akan dapat dilihat dengan jelas. Apabila anda telah berpuashati dengan penaja anda, anda boleh bermula dengan klik menu “Daftar” di panel menu utama atau klik di “Daftar percuma, disini” (rujuk foto bawah)

Setelah klik “di sini“, anda akan diminta untuk mengisi beberapa maklumat penting untuk pendaftaran PERCUMA. Maklumat tersebut adalah seperti di foto bawah. Untuk pengetahuan anda, username adalah nama pengenalan link anda di laman web ini. Sila isikan segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan klik kotak “Daftar“.

Setelah klik kotak “Daftar“, satu mesej TAHNIAH akan terpampang di skrin menandakan anda telah berjaya didaftar secara percuma. Di situ juga anda akan dibekalkan satu link laman web peribadi untuk anda gunakan sebagai alat promosi. Link promosi tersebut adalah seperti “www.wowfreecall.com/usernameAnda” anda. Sila rujuk foto seperti di bawah.

Setelah berjaya didaftarkan, anda kini kenali sebagai ahli PERCUMA di laman web ini dan boleh memulakan promosi laman web anda.

Anda juga boleh masuk ke PEJABAT MAYA laman web ini dengan cara LOGIN AHLI dan memasukkan username dan password anda. Jika sekiranya terdapat masalah pendaftaran, anda tidak akan sampai ke ruangan PEJABAT MAYA. Masalah ini biasanya berlaku apabila terdapat tanda ‘ pada nama seseorang. Dengan demikian, anda perlu membuat pendaftaran semula. Sila hubungi ADMIN jika masalah ini berterusan.

.

CARA 2 : Mendaftar kenalan sebagai ahli kumpulan anda. 

Apabila anda ingin mendaftarkan kenalan ke dalam kumpulan anda, CARA 1 boleh digunakan atau anda boleh gunakan CARA 2 iaitu dengan mendaftar mereka melalui PEJABAT MAYA anda. Caranya adalah, apabila anda telah LOGIN AHLI ke PEJABAT MAYA, sila klik menu “Daftar Ahli” seperti tertera di menu utama sebelah atas PEJABAT MAYA (Sila lihat foto di bawah). Seterusnya, anda boleh mendaftar mereka dengan menggunakan langkah seperti mana yang digunakan di CARA 1.

Setelah berjaya didaftarkan, anda boleh pergi ke PEJABAT MAYA ahli baru tersebut dengan cara LOGIN AHLI dan memasukkan username dan password ahli baru tersebut tetapi sebelum itu, anda perlu klik “Logout” dahulu seperti foto dibawah.

Jika sekiranya terdapat masalah pendaftaran, anda tidak akan sampai ke ruangan PEJABAT MAYA. Masalah ini biasanya berlaku apabila terdapat tanda ‘ pada nama seseorang. Dengan demikian, anda perlu membuat pendaftaran semula. Sila hubungi ADMIN jika masalah ini berterusan.

Okay, begitu adalah cara-cara mendaftar PERCUMA di laman web promosi WOWFreeCall.com. Pendaftaran PERCUMA membolehkan anda mengkaji peluang dan keberkesanan sistem laman web ini. Paling utama, apabila anda telah berdaftar walaupun secara PERCUMA, anda boleh mula mempromosi laman web replika anda dengan menggunakan link yang telah diberikan. Pastikan anda menaip link tersebut dengan tepat seperti “www.wowfreecall.com/usernameAnda” anda. Pastikan setiap ejaan, tanda titik dan username anda adalah tepat.

Setelah anda berdaftar percuma di laman web promosi ini, anda boleh memulakan proses mendaftar jadi ahli rasmi Tone Excel dengan cara melakukan pembelian Sim Kad Prepaid Tone Excel. Untuk mengetahui cara-cara untuk UPGRADE VIP, mengaktifkan laman web ini dan menjadi ahli rasmi, sila klik disini.

“Dream BIG and Keep It SIMPLE”

About Kamaruzaman Zainal (KZ)

Kamaruzaman Zainal (KZ), B. Mgt (USM). Managing Own Network Marketing Business. Member of Tone Group : Service Center of TONE EXCEL and Premium Branch of TONE PLUS. Founder of MyTonePlus.com.
This entry was posted in ABC LAMAN WEB PROMOSI, Cara Daftar Percuma di Web Promosi, Program Tone Excel and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s