5 Rahsia Kejayaan Bisnes Ini.

Ramai yang bertanya kepada saya mengenai apa yang diperlukan untuk berjaya dalam bidang ini.

Secara ringkas, buat dulu keputusan untuk diri anda berjaya dalam bisnes yang anda ceburi ini. Sentiasa sematkan wawasan dan visi akhir sebagai simbolik kejayaan anda. Seterusnya tetapkan tekad dalam perancangan anda untuk mencapai kejayaan tersebut. Tekad ini dibuat dengan merancang matlamat-matlamat yang mesti dicapai oleh anda samada jangka pendek atau panjang. Ketiganya, belajar tentang selok belok bisnes ini. Bisnes ini memerlukan duplikasi, jika anda tidak belajar, bagaimana anda akan mengajar ‘downline’ anda kelak? Keempat, anda perlu fokus mempromosi bisnes anda terutama laman web anda secara ‘online’ dan juga ‘offline’ dan kelima, anda mesti sentiasa berfikiran positif. 

Bagi mendalami ringkasan diatas, dibawah ini adalah penjelasan tentang apa yang saya maksudkan dengan lebih mendalam.

1.  Mesti Ada Wawasan atau Visi

Wawasan atau Visi adalah SEGALA-GALANYA. Apa perkara pun anda lakukan dalam kehidupan ini memerlukan anda mempunyai gambaran akhir yang perlu anda capai. Tanpa sebarang gambaran akhir yang jelas atau visi (vision) yang anda mahu dalam pemasaran rangkaian, bisnes anda akan gagal. Kenapa? Visi adalah satu bentuk penyataan anda sendiri ke mana anda harus membawa perniagaan atau organisasi ini. Visi mampu membentuk cara kerja anda. Tanpa visi yang jelas, anda akan sentiasa hilang arah, hilang inspirasi, hilang fokus dan akhirnya akan hilang komitmen terhadap bisnes ini.

Tanya diri anda sendiri, adakah anda mempunyai sebarang visi atau gambaran akhir tentang arah tuju bisnes anda? Kenapa anda melakukan bisnes? WHY? Mempunyai wang yang banyak bukan visi akhir. Apa yang akan dilakukan dengan wang tersebut merupakan visi atau gambaran akhir yang diperlukan oleh anda. Ingat! Gambaran atau visi tersebut mesti sejelas kristal di fikiran anda.

2.  Mesti Ada Matlamat (Goal)

Mereka yang meletakkan sasaran matlamat akan mencapainya lebih pantas dari mereka yang tidak mempunyai sasaran. Guru saya, Zig Ziglar menyatakan “Jika sasaran anda adalah tiada apa-apa maka anda akan mencapainya setiap masa” (“Aim for nothing and you will hit it every time”). Anda perlu tetapkan sasaran! Lebih spesifik sasaran tersebut, maka lebih baik langkah anda untuk mencapainya.

Kalau anda tiada sasaran, buat sekarang! Cara meletakkan matlamat anda adalah:

  • Mesti Bertulis
  • Mesti Spesifik
  • Mesti ada Ukuran
  • Mesti ada Jangka Masa

Dalam anda merangka perancangan matlamat anda, jangan lupa isu belanjawan atau budget. Kerja-kerja pemasaran dan promosi bisnes ini sememangnya memerlukan sedikit sebanyak perbelanjaan kewangan.

3.  Mesti Boleh Belajar dan Mengajar!

Perkemaskan diri anda. Laburkan masa dan wang anda terhadap diri anda. Pada setiap hari, ambil masa untuk membina diri sendiri. Ramai antara mereka yang telah berjaya dalam industri ini boleh anda contohi. Jika anda ambil masa untuk mempelajari dari mereka, anda akan menjimatkan banyak masa untuk mempelajari selok-belok industri ini. Setiap pengajaran dalam hidup ada harganya yang perlu dibayar. Pengajaran mungkin datang dari pengalaman atau anda boleh belajar  dari mereka yang telah berjaya mengatasi cabaran dengan jayanya. Mana yang lebih baik? Anda fikirkan..

Ketahui produk anda. Ketahui pesaing anda. Anda mesti tahu produk anda dengan baik bagi membolehkan anda bercakap mengenainya. Bukan bermaksud kena tahu semua dari hari pertama anda buat bisnes tetapi anda perlu mempelajarinya sedikit demi sedikit sehingga ia lekat di fikiran. Kebolehan ini akan membuatkan anda mempunyai keyakinan terhadap diri anda dan menarik orang untuk menyertai anda. Anda juga perlu tahu produk pesaing agar boleh mengawal bantahan dan persoalan apabila perbandingan produk dilakukan.

Ramai peserta yang terlalu gopoh ingin menjana pendapatan sebelum mereka belajar konsep bisnes ini. Apabila tiada pendapatan masuk, mereka berhenti dan menyalahkan syarikat. Mereka ini tidak mahu membuang masa untuk latihan, membuat persembahan bisnes, membaca risalah syarikat dan mengetahui lebih lanjut berkenaan produk.

Anda juga perlu belajar bagaimana untuk membuat persembahan tentang bisnes anda kepada orang lain. Jangan terlalu bergantung dengan ‘upline’ kerana ia akan menyebabkan bisnes anda gagal. 

4.  Mesti Sentiasa Fokus

Fokus. Terdapat ramai peserta Pemasaran Rangkaian menyertai kerana mereka diberitahu boleh menjana pendapatan. Mereka menyertainya tanpa menyedari kepentingan pembelajaran, wawasan dan sasaran yang perlu dicapai. Akibatnya, mereka melakukan kerja-kerja seperti kerja pentadbiran yang tidak menyumbang kearah pembinaan rangkaian. Lebih memburukkan keadaan, terdapat TERLALU banyak ‘distraction’ atau perkara yang boleh mengalih perhatian anda di luar sana terutama di online menyebabkan anda perlu fokus yang tinggi kepada bisnes anda.

Bertindak mengikut fokus. Jangan berlengah-lengah. Jika anda suka berlengah dalam tindakan, ia boleh menjadi pembunuh bisnes anda. Ingat! Ini adalah bisnes ANDA dan anda mesti mempunyai perlakuan baik untu mencapai sasaran anda. Berilah segala bentuk motivasi kepada anda tetapi jika anda tidak bertindak betul, anda tidak akan kemana.

Jangan jadi “Gila Pelbagai MLM”. Terdapat beberapa peserta dalam industri ini yang mempunyai kebolehan bekerja dengan beberapa program. Tetapi, peserta professional seperti mereka ini tidak lah ramai. Memandangkan rata-rata pengedar adalah bermula part-time, mereka sepatutnya pilih satu syarikat sahaja dan teguh bersamanya. Sejarah membuktikan bahawa pengedar yang komited untuk jangka panjang akan berjaya dibandingkan mereka yang melompat dari satu syarikat kepada syarikat yang lain. Adalah amat memenatkan untuk fokus kepada satu syarikat ditambah pula beberapa syarikat. Membahagikan masa dan tenaga untuk pelbagai syarikat akan menghasilkan keputusan yang rendah dibandingkan jika anda fokus kepada satu syarikat sahaja.

5.  Mesti Bersikap Positif – Konsisten dan Jangan Mengalah (Quit)

Konsisten. Putrajaya tidak dibina dalam sehari, ia tidak dibina dalam 2, 3 bulan atau 12 bulan! Ia mengambil masa yang lama!. Begitu juga dengan bisnes ini. Ia mengambil masa untuk membina perhubungan dalam rangkaian yang kita bina. Ingat! Orang suka buat bisnes dengan orang dan bukannya syarikat. Jadi, anda mesti ambil masa untuk membina perhubungan mantap. Itulah dia konsep bisnes Pemasaran Rangkaian iaitu ‘membina perhubungan’. Anda mesti lakukan ini jika anda bercita-cita mencapai pendapatan yang diidam-idamkan.

Jangan Mengalah (Quit). Inilah perkara paling penting yang perlu difahami. Selama-lamanya anda tidak akan berjaya jika anda mengalah (quit). Ini yang dilakukan oleh majoriti peserta bisnes pemasaran rangkaian. Mereka bukan gagal tetapi sebaliknya mereka mengalah. Jika dilihat diatas kertas, segala-galanya boleh dicapai tetapi kenapa mengalah angkat bendera putih. Ya, memang terdapat faktor-faktor yang diluar kawalan anda tetapi jika anda memahami segala cabaran-cabaran yang perlu diatasi, anda akan berjaya menjadi pakar atau sifu bisnes ini di suatu hari kelak.

Berikan masa kepada diri anda sendiri untuk melihat hasil dari usaha anda di masa hadapan.

Selamat Berjaya!

“Dream BIG and Keep It SIMPLE” 

About Kamaruzaman Zainal (KZ)

Kamaruzaman Zainal (KZ), B. Mgt (USM). Managing Own Network Marketing Business. Member of Tone Group : Service Center of TONE EXCEL and Premium Branch of TONE PLUS. Founder of MyTonePlus.com.
This entry was posted in INSPIRASI NETWORKING and tagged , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s