Kekalkan Nombor Lama

Seperti talian mudah alih yang lain yang terdapat di pasaran, anda boleh mengekalkan nombor sedia anda apabila menyertai Komuniti WOW ini. Pertamanya, anda perlu mendapatkan Sim Kad Tone Excel atau Tone Plus dengan menjadi ahli dahulu. Setelah itu, pihak anda akan diberikan satu nombor talian Tune Talk yang bermula dengan 010-xxxxxxx atau 011-xxxxxxx.

Kelebihan mengekalkan nombor lama adalah pengguna tidak mengalami kepayahan untuk dihubungi oleh rakan-rakan talian lama mereka. Keduanya, pengguna-pengguna akan lebih komited terhadap program ini kerana menjadikannya sebagai talian utama. Ketiganya, tidak payah untuk membeli talipon baru. Keempat, pengguna tidak bermasalah untuk mengawasi dan menyelia samada mereka akan β€˜Top Up’ bulanan atau tidak. Keempat-keempat faktor ini boleh membuatkan pengguna lebih fokus dalam menjana pendapatan program ini.

Setelah anda buat keputusan nak bertukar nombor ke nombor lama (sedia ada), pastikan terlebih dahulu bahawa Sim Kad Tone Excel atau Tone Plus kepunyaan anda dengan nombor 010/011 berada di tangan anda. Proses pengekalan nombor lama (sedia ada) di kenali sebagai proses PORT IN. Cara pengekalan nombor ini adalah diterangkan dalam artikel diblog ini seperti di post berikut . Sila Klik

Syarat-syarat Port In:

1. Nombor lama/sedia ada adalah Prepaid atau PostPaid.

2. Pastikan talian lama tiada kontrak dan bukan ‘supplementary line’.

3. Pastikan nombor talian program Tone Excel atau Tone Plus anda adalah aktif dengan cara membuat 1 panggilan atau SMS.

4. Nama dan IC mesti sama di talian lama dan juga adalah sama di Prepaid Tone Excel atau Tone Plus.

5. Perlu ada balance kredit RM2 dalam nombor lama sewaktu proses PORT IN berlangsung (24 Jam)

6. Sewaktu proses PORT IN berlangsung, sila ‘ON’ kan nombor lama sehingga talian lama itu tidak boleh diguna lagi.

5. Proses pertukaran (PORT IN) akan mengambil masa 48 jam hingga 7 hari setelah anda menerima pengesahan (acknowledgement) permohonan PORT IN daripada Tune Talk

Isu-Isu:

1. Β Jika nombor lama adalah POST PAID, ia tak boleh dilakukan. Jika anda ingin juga melakukannya, sila pergi kepada pembekal talian lama dan ubah kepada PREPAID dahulu.

2. Jika terdapat penggunaan TAC di nombor lama, sila hubungi bank utk memberitahu pertukaran pembekal rangkaian talian anda ke Tune Talk.

3. Terdapat kejadian apabila selesai PORT IN, anda boleh membuat ‘Call Out’ tetapi tidak menerima ‘Call In’. Ia boleh diatasi dengan menghubungi TuneTalk di talian 13100 dan meminta mereka ‘reset’ semula. selalunya, selepas 2 jam masalah ini selesai.

Selalunya, aktiviti permohonan yang berjaya akan memakan masa 48 jam hingga 7 hari. Ini kerana, urusan pengekalan nombor perlu diluluskan dan dipersetujui oleh pembekal rangkaian nombor lama iaitu Digi, Maxis dan lain-lain.

Jika mereka (pembekal rangkaian lama) tidak bersetuju untuk melepaskan nombor tersebut maka, proses anda akan gagal.

Sepanjang pengetahuan saya, banyak permohonan adalah diluluskan kerana perjanjian pengekalan nombor ini telah mendapat persetujuan antara semua syarikat telekomunikasi di Malaysia dan dipersetujui juga oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Jika terdapat masalah syarikat rangkaian talian lama tersebut tidak bersetuju anda menggunakan nombor lama mereka, maka anda boleh terus merujuk hal ini kepada mereka akan sebab-sebabnya dan jika anda tidak berpuashati, anda boleh merujuk kepada SKMM.

“Dream BIG and Keep It SIMPLE”

About Kamaruzaman Zainal (KZ)

Kamaruzaman Zainal (KZ), B. Mgt (USM). Managing Own Network Marketing Business. Member of Tone Group : Service Center of TONE EXCEL and Premium Branch of TONE PLUS. Founder of MyTonePlus.com.
This entry was posted in Kekal Nombor Lama, MANFAAT-MANFAAT and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Kekalkan Nombor Lama

  1. rt says:

    klo nak port in no dr tone excel ke tone excel boleh ka? maksudny nak guna no tsbt tapi tukar id… pakai simkad baru…
    tq

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s