Tidak Percaya atau Takut Tertipu – Buat Penyelidikan!

“Berapa lama bisnes ini boleh bertahan?” atau “Betul ker? Saya takut ini penipuan”. Banyak sunggoh komen sebegini yang saya terima. Sabar aje lah ..πŸ™‚

Sesunggohnya saya sendiri tidak pasti apa keraguan atau persoalan mereka yang sebenar-benarnya. Tetapi, jika saya selidiki dan perhalusi persoalan ini, ia sebenarnya adalah datang dari dilema dalam diri mereka sendiri. Hanya mereka sahaja yang boleh menjawab persoalan ini. Hanya mereka sahaja yang boleh meyakinkan diri sendiri.

” Tidak mengapa jika anda ragu-ragu, tetapi yang lebih penting adalah untuk anda mendapatkan penjelasan yang tepat.”

Bagi membantu mereka yang mempunyai persoalan sebegini, saya akan cuba kupas beberapa perkara pokok yang mungkin boleh menjadi panduan untuk mereka menjawab persoalan tersebut.

Pertamanya soal model bisnes Pemasaran Rangkaian ini. Ramai yang takut dan skeptikal terhadap perniagaan pemasaran rangkaian ini tetapi jangan lupa, model perniagaan ini telah lama digunakan oleh pelbagai syarikat multinasional seperti AT&T, Colgate, Microsoft, AOL, Citibank, IBM, Xerox, TupperWare, Amway, Herbalife dan banyak lagi. Ramai peniaga bertaraf jutawan besar seperti Warren Buffet, Donald Trump, Robert Kiyosaki, Richard Branson dan ramai lagi amat meyakini konsep perniagaan ini. Jika mereka yang telah berjaya yakin dengan model perniagaan ini, kenapa tidak ANDA?

Kedua, jika anda tidak yakin ia bertahan lama, pokoknya oleh kerana terlalu banyak syarikat yang menggunakan sistem ini maka anda perlu bijak memilih syarikat. Jangan terjebak dengan skim cepat kaya atau skim yang diharamkan oleh kerajaan! Bagi saya, terdapat lima perkara utama sebelum anda memilih peluang perniagaan yang perlu anda sertai iaitu 1.Β Produk, 2. Sistem Imbuhan, 3. Syarikat, 4. Pengurusan,Β danΒ 5. Pembelajaran.Β Sekali lagi saya tegaskan, bahawa setelah anda memilih yang terbaik pun, pasti faktor berapa lama ia bertahan tetap dalam ingatan. Anda juga perlu ingat bahawa bukan semua perniagaan akan bertahan selamanya. Dalam bisnes konvensional pun, 95% perniagaan akan runtuh dalam 5 tahun. Jadi, untuk mencari 5% yang akan bertahan pada jangka panjang adalah amat sukar. Sebab itu, veteran dalam perniagaan ini sering mengatakan yang mereka akan hanya menyertai syarikat yang telah sekurang-kurangnya 8 tahun beroperasi!

Ketiga, lakukan kajian sendiri tentang perkara-perkara yang saya sebutkan diatas. Ketahui dan fahami dengan apa yang disebut Skim Piramid atau Skim Cepat Kaya yang diharamkan. Rujuk dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Layari laman web mereka.

Seterusnya, banyakkan bertanya pada mereka telah lama dalam bisnes ini terutama yang telah berjaya dan bukan bertanya pada mereka yang telah mengalah (gives up). Lakukan juga penyiasatan sendiri di internet. Jika dahulu memang sukar nak cari jawaban tapi kini di internet penuh dengan maklumat yang boleh dibaca. Cari juga Group dan Forum Sosial yang membincangkan tentang bisnes tersebut dan lihat bagaimana persepsi mereka terhadap bisnes tersebut.

Tentang bisnes Tune Talk yang saya bincangkan di blog ini, untuk pengetahuan anda, pelan pertama iaitu Pelan Tone Excel yang dilancarkan oleh Tune Talk pada tahun 2010 telah pun mempunyai seramai 121,653 ahli (sehingga 29/8/2012). Pelan ini masih berjalan sehingga kini. Ada yang berjaya, ada yang tidak, ada yang memuji dan ada yang membenci, ada yang pergi, ada juga yang kembali tetapi itu sememangnya perkara biasa. Sudah menjadi lumrah percaturan dalam perniagaan. Kenapa tidak melihat sahaja kepada mereka yang berjaya dalam Pelan Tone Excel? Ada yang mencapai pendapatan setiap bulan 2 angka, ada yang 3 angka, ada yang 4 angka dan ada yang 5 angka!! Segalanya bergantung kepada usaha mereka. Jika anda inginkan pendapatan 4 angka, 5 angka sebulan, lihat sahaja usaha mereka yang mendapat pendapatan sebegini. Contohi mereka.

Bagi diri saya sendiri, apabila saya dihidangkan dengan program Tone Excel pada Mac 2011, saya telah nampak potensinya. Namun, saya masih tidak berpuashati. Lantas saya mengkajinya dengan berjumpa terus ‘Upline’ dan seterusnya pergi ke Ibu Pejabat. Apabila saya telah berpuashati, maka saya memulakan langkah saya dengan memilih platform pemasaran yang besesuaian. Saya menghabiskan banyak masa untuk memahami dan merekabentuk strategi pemasaran. Alhamdulillah, setelah 6 bulan ia mula menampakkan hasil. Jika anda ingin melihat testimoni rakan-rakan saya yang lain, sila klik testimoniΒ .

Hanya anda yang boleh menilainya sendiri berpandukan kepada keinginan dan kebolehan anda. Bagi kami yang veteran, sekadar memberikan panduan untuk anda. Jadi akhir kata, melakukan penyelidikanΒ adalah jalan terbaik untuk anda memahami dan tidak tertipu dengan pelbagai skim yang ada di pasaran.

Saya akan menulis lagi untuk menghuraikan lebih mendalam tentang perkara yang saya sebutkan diatas.. Insyaallah.

“Dream BIG and Keep It SIMPLE”

About Kamaruzaman Zainal (KZ)

Kamaruzaman Zainal (KZ), B. Mgt (USM). Managing Own Network Marketing Business. Member of Tone Group : Service Center of TONE EXCEL and Premium Branch of TONE PLUS. Founder of MyTonePlus.com.
This entry was posted in INSPIRASI NETWORKING and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

8 Responses to Tidak Percaya atau Takut Tertipu – Buat Penyelidikan!

  1. fariz2u says:

    teruskan perjuangan tuan saya sokong 100% perniagaan bumiputra http://farizgolddollar.blogspot.com.

  2. Pingback: Tidak Percaya atau Takut Tertipu – Ini Faktanya! | Tune Talk – Komuniti Mudah Alih WOW

  3. Pingback: Tidak Percaya atau Takut Tertipu – Ini Faktanya! | Blog TalkTalkBiz

  4. Jackwee Ejack says:

    Saya sudah join tone excel dengan mengekalkan no lama saya,dan saya menerima sms bahawa saya di beri no sementara dan dalam masa 48 jam no lama saya akan di proses.Namun suda seminggu saya menunggu no lama saya tidak kembali.Bila saya telefon syarikat tone excel,mereka suruh call no ni 0105333969 dan 0105000969 namun no ni tidak boleh di hubungi dan tidak wujud.

    • Ratubuah says:

      Line memang sibuk kerana keahlian meningkat setiap masa. Anda boleh menyemak di line rangkaian lama (maxis, celcom dsbnya) anda. Tanya mereka tentang kedudukan anda dan samada line anda dibenarkan untuk berhijrah ke Tune Talk.

  5. Pro Azizi says:

    harap2 bisnes toneexcel bertahan untuk selamenye

  6. Ijam says:

    Assalam…semoga berkekalan. Resepi terbaik drpd ‘Tone Excel’ untuk ‘consumer’.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s