Kelebihan Program Menjana Pendapatan Tune Talk Terbongkar!

Setiap orang mempunyai pelbagai cabaran kewangan tersendiri untuk memenuhi impian hidup mereka. Walaubagaimana pun untuk memulakan sesuatu projek menjana kewangan peribadi adalah amat sukar. Akibat tiada pengalaman dan termakan pujuk rayu dan janji palsu, akhirnya ramai yang tertipu dan terjebak dengan pelbagai Skim Cepat Kaya dan Skim Pramid.

Dengan demikian, mencari satu cara yang selamat, praktikal dan berkesan menjadi satu cabaran besar kepada mereka yang ingin mengubah kehidupan. Kita bernasib baik, Tune Talk, iaitu sebuah syarikat telekomunikasi tempatan telah tampil mengintegrasikan program pemasarannya dengan program pemasaran rangkaian lantas ia telah membuka peluang kepada penggunanya untuk menjana pendapatan lumayan.

Selain Pelan Biasa Tune Talk yang anda boleh beli sim kad prepaidnya secara terbuka di kedai-kedai telekomunikasi di merata tempat,  Tune Talk telah memperkenalkan 2 lagi pelan yang menggunakan sistem pemasaran rangkaian yang sangat unik.   Dua pelan tersebut adalah Pelan Tone Excel dan Pelan Tone Plus. Menariknya, penjualan sim kad prepaid kedua-dua pelan ini adalah melalui ahli-ahlinya sahaja. Ia tidak dijual di mana-mana kedai terbuka yang menjual prepaid komersial. Kedua-dua pelan tersebut walaupun nampak remeh dan kecil, ia mampu memberikan kesan yang maksima jika diikuti dengan konsisten. Antara kelebihan program menjana pendapatan Tune Talk melalui 2 pelan ini yang mesti diteliti oleh anda adalah:

Syarikat adalah kukuh – Rangkaian prepaid ini di pacu oleh syarikat Tune Talk iaitu sebuah organisasi di dalam kumpulan syarikat Tune Group. Sementara itu, syarikat CELCOM mempunyai pegangan 37% saham di dalam syarikat ini. Syarikat pengendali program pula, iaitu Tone Excel Sdn Bhd (Tone Excel) dan Tone Plus Sdn Bhd (Tone Plus) mempunyai pengalaman luas dalam aktiviti pemasaran rangkaian.

Produk kegunaan harian – Anda gunakan handphone setiap hari. Jika sebelum ini anda membayar ‘bill’ talipon setiap bulan, kini anda perlu bersedia pula untuk dibayar oleh pelan Tone Excel atau Tone Plus setiap bulan. Ini bermakna anda hanya beralih rangkaian dan berubah menjadi Pengguna Bijak.

Pasaran amat meluas – Produk prepaid adalah satu produk yang sentiasa digunakan oleh orang ramai. Dengan pengguna prepaid berdaftar di Malaysia berjumlah 27 juta orang, pasarannya adalah amat menakjubkan. Ramai orang yang menggunakan 2-3 talian seorang. Sejak dilancarkan pada Ogos 2010, sehingga kini, program Tone Excel telah mempunyai lebih 120,000 ahli. Sementara pelan Tone Plus pula baru mula membuka pendaftaran awal sejak 17 Julai 2012 telah pun mengumpul 8,000 ahli. Pelan Tone Plus dijangka akan dilancarkan secara rasmi pada 19 Oktober 2012.

Pendapatan pasif lumayan – Imbuhan BONUS RUJUKAN (Menaja) RM20 seorang dan KOMISYEN Top Up antara 6% hingga 13% yang diberikan oleh Pelan Tone Excel, walaupun nampak kecil tetapi jika dilakukan secara konsisten untuk jangka panjang ia mampu memberikan pulangan yang lumayan.  Bagi Pelan Tone Plus pula, walaupun anda menaja hanya 4 orang, pelan ‘Reverse 2-Up’ menjanjikan potensi limpahan pendapatan.

Untuk kedua-dua pelan, walaupun anda tidak lagi agresif mempromosi, pendapatannya adalah berterusan dari kumpulan yang telah anda bina. Selagi mereka menambah nilai Top Up prepaid tersebut, selagi itu anda akan menerima imbuhan komisyennya.

Potensi pendapatan tanpa had – Anda boleh merujuk atau menaja orang baru tanpa sebarang had bilangan. Ia bergantung kepada usaha anda sendiri. Walaupun Tone Plus hanya memerlukan 4 orang sahaja namun potensi menambah bilangan ahli kumpulan adalah tidak terhad. Paling menarik, peserta boleh mempunyai beberapa akaun serentak tertakluk kepada had maksima 10 akaun sahaja.

Hak eksklusif pengedaran – Apabila anda menyertai program sebagai ahli, anda secara otomatik boleh menaja rakan baru menyertai anda. Penyertaan tidak boleh dilakukan di kedai-kedai menjual prepaid seperti kebiasaan penjualan sim kad prepaid lain yang ada di pasaran.

Sistem pengedaran mudah – Sistem affilates online mempromosi laman web sebegini memberikan alternatif kepada mereka yang sedang bekerja kerana ia amat mudah dilakukan. Anda tidak perlu menjual apa-apa produk, sebaliknya hanya mempromosi dan mengajak rakan-rakan anda untuk turut serta dalam program ini. TIADA PENJUALAN! TIADA STOK PRODUK YANG BESAR!

Kos dalam kemampuan – Jika anda ingin memulakan perniagaan, selalunya kos untuk memulakannya adalah  tinggi, Dalam program ini, anda hanya perlu mengubah rangkaian talipon yang sedia ada ke prepaid Tone Excel atau Tone Plus. Dengan hanya RM80, anda mendapat segala manfaat selaku pengguna Tune Talk dan manfaat kewangan program ini. Kadar untuk layak dibayar komisyen pula sangat rendah iaitu Top Up RM20 sahaja sebulan bagi Pelan Tone Excel dan Top Up RM30 sahaja bagi Pelan Tone Plus. Saya pasti ramai yang Top Up lebih dari itu.

Peluang meningkatkan pendapatan – Pelan Tone Excel juga menyediakan platform untuk anda meningkatkan lagi pendapatan KOMISYEN Top Up. Anda boleh menjadi ‘Service Center’ yang menawarkan komisyen Top Up secara infiniti (tanpa mengira aras) atau meningkatkan lagi kedudukan dengan menjadi Cawangan Tone Excel. Bagi Pelan Tone Plus pula, walaupun anda hanya mendapatkan 4 pengguna seumur hidup, tetapi dengan revolusi menakjubkan sistem Reverse 2-Up dalam pelan ini, anda berpeluang untuk menerima pengguna yang ramai.

Pengurusan yang pro-aktif – Banyak nilai tambah disertakan dengan program ini. Selain manfaat perlindungan insuran 100K, tebus mata tiket Air Asia, pihak pengurusan juga menjalankan aktiviti sokongan seperti mesyuarat bisnes di pejabat, latihan pembelajaran tentang bisnes ini, majlis pengiktirafan ahli dan cabutan bertuah bagi memberikan dorongan untuk ahlinya berjaya.

Penyertaan adalah terbuka – Sesiapa yang berumur 12 tahun keatas boleh menyertai program ini. Bagi orang yang bukan warganegara Malaysia, mereka hanya memerlukan paspot yang sah untuk turut serta. Syaratnya adalah hanya mempunyai akaun bank Malaysia untuk pembayaran bonus dan komisyen.

Masa menyebelahi anda – Untuk mendapatkan rakan dalam rangkaian anda, tiada tekanan masa yang dikenakan, Anda hanya bersaing dengan diri anda sendiri. Dalam Pelan Tone Excel, anda boleh mencari, katakan 10 orang dalam seminggu, anda juga boleh mencari 10 orang tersebut dalam masa 1 bulan atau 2 bulan. Bagi pelan Tone Plus pula, anda hanya perlu menaja 4 pengguna baru dalam sebulan dan ia hanya sekali sahaja. Segalanya atas kehendak dan usaha anda.

Sebagai kesimpulan, segmen perniagaan pemasaran rangkaian berkembang pesat di serata dunia dan di Malaysia. Jangan lepaskan peluang untuk mencipta kejayaan. Anda perlu mempelajari selok belok bagaimana menjayakan perniagaan ini.

Saya pasti ramai di antara anda yang telah didatangi oleh rakan-rakan yang membawa pelbagai jenis ‘peluang’ bisnes. Tetapi, adakah anda telah bersedia untuk melaburkan wang dan masa anda untuk membina bisnes tersebut sehingga berjaya? Adakah anda mempunyai pengalaman dalam proses membina rangkaian? Jika anda tidak punya pengalaman lagi, pelajari dulu konsep bisnes pemasaran rangkaian dan ketahui apa yang diperlukan untuk berjaya. Untuk bermula, program ini adalah tempat yang TERBAEEK!

“Dream BIG and Keep It SIMPLE”

About Kamaruzaman Zainal (KZ)

Kamaruzaman Zainal (KZ), B. Mgt (USM). Managing Own Network Marketing Business. Member of Tone Group : Service Center of TONE EXCEL and Premium Branch of TONE PLUS. Founder of MyTonePlus.com.
This entry was posted in INSPIRASI NETWORKING, MANFAAT-MANFAAT, PELUANG BUAT DUIT!, Program Tone Excel, Program Tone Plus and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Kelebihan Program Menjana Pendapatan Tune Talk Terbongkar!

  1. assalamualaikum. saya nak tanya,
    andaikata tidak ada empat orang yang join bawah tone plus dalam sebulan, macamana?…
    adakah wajib topup rm30 sebulan?
    dan kenape tone plus hanya 4 orang sedangkan tone excel boleh lebih?.
    apa perbezaan antara tone excel dengan tone plus?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s