Tone Plus : Revolusi Terbaru – Pelan Menakjubkan!

Pada awal Julai 2012, saya telah dipanggil oleh pihak Tone Excel untuk sesi taklimat tertutup pelan terbaru Tune Talk. Agak berat juga rasa hati apabila mendengar tentang pelan terbaru sedangkan saya telah melakukan bisnes Pelan Tone Excel selama 1 tahun 3 bulan, pendapatan bulanan pun telah mencecah 4 angka sejak 6 bulan lepas.  Tambahan lagi, laman web yang terbaru saya iaitu WOWFreeCall.com bagi Pelan Tone Excel baru saja dilancarkan bagi menggantikan laman web promosi lama. Namun, bagi mengetahui akan kelebihan produk terbaru, saya gagahkan juga untuk pergi mendengarnya.

Setelah tamat sesi taklimat, saya dapati pelan terbaru yang dinamakan Tone Plus amat mengejutkan saya. Tidak hairanlah apabila saya diberitahu beberapa syarikat telekomunikasi amat berminat untuk menggunakannya. Apa yang boleh saya katakan tentang pelan pemasaran pelan Tone Plus ini adalah ianya satu revolusi dalam pemasaran rangkaian sesuatu produk. Dengan menggunakan sistem yang dinamakan ‘Reverse 2-Up’ pelan Tone Plus menjanjikan peluang menjana pendapatan yang amat lumayan dengan usaha yang minima. Mana tidaknya, dengan hanya menaja 4 pengguna baru sahaja ahli berpeluang mendapat satu kumpulan pengguna dengan cara yang luarbiasa. Begini…

Model bisnes pelan Tone Plus menghendaki anda menaja 4 pengguna sahaja dan 2 dari pengguna anda tersebut perlu dihantar atau disedekah kepada Penaja (upline). Pada awalnya memang nampak seperti tidak adil kerana anda yang taja tetapi upline yang dapat habuannya. Tetapi, itulah KEKUATAN sebenar pelan ini. Bayangkan jika anda adalah Penaja, dan setiap ahli “pengguna yang anda taja” dan “pengguna yang anda terima” akan sedekahkan anda 2 orang ahli pengguna baru maka proses penggandaan pengguna baru dalam kumpulan anda adalah seperti berikut :

2, 4, 8, 16, 32, 64, 128, 256, 512, 1024, 2048, 4096 …. –>> Itu pengguna baru, bagaimana pula dengan pengguna sedia ada? Mengikut kiraan,  jumlah pengguna anda berganda seperti berikut :

2, 6, 14, 30, 62, 126, 254, 510, 1022, 2046, 4094, 8190 …. –>> WoW!. Jangan terkejut, syarikat memberikan pula komisyen 13% kepada anda setiap kali pengguna-pengguna dalam kumpulan anda Top Up. Dua kali WOW!

Jangan risau jika anda tak dapat faham konsep ini sekarang. Cuba pelajari  di laman web yang telah saya bangunkan iaitu MyTonePlus.com dimuka depan dan dimenu IMBUHAN.

Okay, antara ciri lain yang penting bagi Pelan Tone Plus adalah kadar panggilannya adalah 30 sen/minit untuk 2 minit pertama, 26 sen/minit untuk minit ke 3 seterusnya. Kadas sms pula adalah 10 sen/sms. Selain itu, maintain bulanan adalah RM30 setiap bulan.

Saya tahu sistem ‘Reverse 2-Up’ ini memang ada di pasaran dan ianya menjadi kegilaan sesetengah pihak dalam menjana pendapatan peribadi tetapi satu perkara yang membezakannya dengan pelan-pelan lain di pasaran adalah PRODUK! Pelan Tone Plus mempunyai Produk yang sangat jelas. Untuk menjadi ahli, anda perlu menggunakan prepaid talian Tune Talk. Anda perlu membeli Sim Kadnya iaitu Sim Kad Prepaid Tone Plus seperti gambar bawah pada harga RM80. Sekali lagi, di Sim Kad tersebut telah tersedia kredit panggilan RM30. Ini bermakna pelaburan anda adalah hanya RM50 sahaja. Selain itu Tune Talk memberikan segala manfaat pengguna Tune Talk kepada anda. Lihat menu Produk.

Okay, pelancaran rasmi bagi program Pelan Tone Plus ini dijangka akan dilakukan pada bulan Oktober 2012. Walaubagaimanapun, syarikat telah pun membuka pendaftaran awal Pra-Pelancaran bermula 17 Julai 2012. Jika anda ingin menjadi yang terawal mendaftar dalam program ini, sila rujuk segala maklumat program ini di web promosi yang telah saya bangunkan iaitu di MyTonePlus.com .

“Dream BIG and Keep It SIMPLE”

About Kamaruzaman Zainal (KZ)

Kamaruzaman Zainal (KZ), B. Mgt (USM). Managing Own Network Marketing Business. Member of Tone Group : Service Center of TONE EXCEL and Premium Branch of TONE PLUS. Founder of MyTonePlus.com.
This entry was posted in PELUANG BUAT DUIT!, Program Tone Plus and tagged , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

4 Responses to Tone Plus : Revolusi Terbaru – Pelan Menakjubkan!

  1. 0109103300 says:

    salam tuan…topup rm30 sebulan tu rm30 sekali topup atau terkumpul 30 selama sebulan(rm5,rm10,rm5,rm10)

  2. khung oi chuen says:

    Saya join tone excel pada bulan januari 2013. dan saya sudah ada 4 org member.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s