Isu Pembelian Sim Kad Tone Plus dan Bonus Menaja RM20

Saya ingin menjelaskan tentang beberapa perkara mengenai isu pembelian sim kad pelan Tone Plus.

Pertamanya, sim kad yang dijual oleh syarikat pengendali program iaitu Tone Plus Sdn Bhd  adalah

ADMIN laman web ini juga amat-amat menggalakkan pembelian sim kad secara Bisnes Pack ini supaya anda boleh menjana pendapatan RM20 melalui penjualan sekeping sim kad tersebut. Terdapat juga penaja-penaja yang membeli lebih sebagai stok untuk membantu rangkaian mereka. Langkah sebegini adalah amat dialu-alukan. 🙂

Untuk pengetahuan anda, bagi menjadi ahli Pelan Tone Plus, anda  dikehendaki membeli hanya satu (1) sim kad sahaja untuk diri anda sendiri. Harga 1 sim kad yang saya namakan Starter Pack adalah dijual pada harga RM80.00. Ia boleh dibeli dari penaja anda yang telah membeli Bisnes Pack (4 keping) tersebut. Walaubagaimanapun, atas sebab-sebab tertentu, terdapat ahli-ahli yang tidak membeli Bisnes Pack (4 keping) ini untuk menjualnya kepada downline mereka, maka ADMIN laman web promosi MyTonePlus.com telah menyediakan kemudahan pembelian 1 keping sim kad (Starter Pack) supaya downline-downline baru  boleh mendapatkannya terus dari ADMIN. Dengan itu, walaupun Penaja-penaja tiada sim kad ditangan, tetapi mereka masih boleh menaja ahli baru dengan meminta ahli baru membelinya dari laman web promosi ini. Harganya adalah tetap sama RM80.00 dan ditambah kos penghantaran Poslaju RM10.00 menjadikan harga pembelian 1 keping sim kad adalah RM90.00. Walaubagaimanapun, ADMIN tidak akan membayar keuntungan RM20 kepada Penaja tersebut.

Dengan demikian, apabila anda ingin menjadi ahli, sila bertanya kepada Penaja anda bagaimana untuk mendapatkan sim kad Tone Plus tersebut. Sekiranya Penaja atau rakan-rakan upline lain mempunyai stok sim kad Tone Plus, sila dapatkan dari mereka. Jika tiada pilihan, sila dapatkan dari ADMIN laman web ini. 🙂

ADMIN juga menyediakan pembelian 5 keping sim kad iaitu Exceutive Pack. Ia bertujuan pembelian untuk diri anda sendiri menjadi ahli dan 4 lagi untuk dijual kepada downline anda. Sila lihat maklumat lanjut tentang perkara ini di menu PEMBELIAN dalam Pejabat Maya anda di laman web promosi ini.

Walaubagaimanapun, adalah amat penting diingatkan bahawa jika anda berhasrat untuk mengaktifkan akaun laman web promosi  MyTonePlus.com anda untuk digunakan sebagai alat promosi, sila pastikan sim kad Tone Plus yang anda beli adalah berasal dari ADMIN laman web promosi MyTonePlus.com ini. Sila tanya Penaja atau mereka yang menjualnya kepada anda tentang asal usul sim kad tersebut.

PENTING!!! – Untuk pengetahuan, ADMIN terpaksa meletakkan syarat bahawa pengaktifan akaun laman web promosi MyTonePlus.com adalah hanya untuk mereka yang membeli sim kad yang diedarkan oleh laman web promosi ini sahaja. Ini memandangkan terdapat banyak kos yang terlibat bagi membangunkan dan menguruskan laman web ini. Dengan demikian, ADMIN hanya memohon sokongan anda untuk membeli sim kad Tone Plus yang diedarkan oleh laman web ini. 🙂

Kepada ahli yang tidak diaktifkan laman web promosi mereka dek kerana sim kad bukan datang dari laman web promosi ini, saya syorkan kepada anda supaya membeli saja 1 keping Starter Pack dari laman web ini dan sms/email ADMIN segera tentang kedudukan anda. Pihak ADMIN tidak akan menukar penaja anda dan sim kad yang baru dibeli boleh digunakan untuk ahli pengguna baru (downline) anda. Pihak ADMIN akan aktifkan akaun anda dengan segera. 🙂 🙂

“Dream BIG and Keep It SIMPLE”

About Kamaruzaman Zainal

B. Mgt (USM). Usahawan Pemasaran Rangkaian. Premium Branch TONE PLUS dan Service Center TONE EXCEL.
This entry was posted in ABC LAMAN WEB PROMOSI, Cara Jadi Ahli Program, PELUANG BUAT DUIT!, Program Tone Plus and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

10 Responses to Isu Pembelian Sim Kad Tone Plus dan Bonus Menaja RM20

  1. nor zuraida ariffin binti mohd amin says:

    salam sejahtera….
    macamana dengan saya dah jadi ahli tapi ahli yang belum buat pembayaran apa apa masih terbuka untuk menjadi ahli lagi ke..? dan berapa pembayaran untuk pakej ahli. sila email kepada saya

  2. siti says:

    Saye nak tanye harga pembelian untuk 4 sim rm250 ke..kalo nak beli 5 keping pulak bp rm ye

  3. fiona says:

    sy sda menjadi ahli tp sy nak beli simkad toneplus utk sy promosikan pada rakan2 dan keluarga. harga simkad tu klu utk yang ahli mcm sy berapa rm utk 1simkad?

Leave a reply to fiona Cancel reply