Tone Plus : Isu Tambah/Ganti Ahli Pengguna Yang Tidak Aktif

Kemaskini pada 16 September 2012 –> Pelan Tone Plus telah mengalami perubahan. Artikel ini tidak relevan lagi memandangkan pelan ini telah diubahsuai bagi membenarkan anda menaja seberapa ramai ahli yang anda mahu. Anda tidak perlu lagi menunggu 14 hari untuk menambah/mengganti ahli pengguna baru. Ia berkuatkuasa serta merta.

Sistem Reverse 2-Up masih berjalan seperti biasa dimana anda masih perlu mendapatkan 4 ahli pengguna baru dan 2 dihantar kepada PENAJA. Terima Kasih.

Artikel Asal:

Seperti yang anda maklum, sistem Reverse 2-Up pelan Tone Plus membenarkan anda menaja 4 orang dan menghantar 2 kepada upline (penaja) anda. Walaubagaimanapun, terdapat peruntukan untuk anda menambah ahli pengguna baru (replacement user) apabila terdapat ahli yang anda terima tidak menaja 4 orang (tidak aktif) selepas 2 minggu.

Perhatikan perkataan yang digunapakai iaitu “ahli yang anda terima” sahaja. Ini bermakna, anda tidak boleh menambah ahli pengguna baru jika ahli pengguna yang tidak aktif adalah ahli yang anda taja. Keliru?

Okay, terdapat tiga (3) kategori ahli pengguna akan berada dalam kumpulan anda iaitu:

1. Kategori yang pertama adalah mereka yang anda taja terus seramai 4 orang DAN mereka yang anda masukkan sebagai gantian ahli pengguna yang tidak aktif selepas 2 minggu. Kategori pertama ini  digelar ahli pengguna yang anda taja.

2. Kategori kedua dalam kumpulan pengguna anda adalah ahli yang anda terima hasil dari sistem Reverse 2-Up. Mereka ini telah dihantar kepada anda oleh ahli pengguna downline anda mengikut sistem secara rambang. Bilangan yang diterima adalah 2 orang dari setiap downline yang berjaya menaja 4 orang.

3. Kategori ketiga adalah ahli yang anda terima secara ‘Group Passed Up’. Ahli-ahli pengguna  ‘Group Passed Up’ ini adalah mereka yang dihantar kepada anda setelah Penaja mereka gagal mendapatkan 4 ahli baru setelah 30 hari.  Bilangan yang dihantar kepada anda mungkin 1, 2 atau 3 orang ahli pada setiap kali berlaku ‘Group Passed Up’.

Okay, kumpulan mana yang boleh anda ganti jika mereka tidak aktif? Jawapannya adalah kumpulan kategori kedua itu sahaja. Iaitu ahli yang anda terima sahaja. Jika mereka yang anda terima hasil dari sistem ‘Reverse 2-up’ tidak aktif, tidak menaja 4 orang dalam 2 minggu, anda boleh menggantikan(tambah) mereka dengan menaja terus ahli baru pilihan anda.

Untuk mengetahui samada anda boleh menaja ahli baru atau tidak adalah dengan cara masuk ke akaun Tone Plus anda dan klik “User List/Inactive User : 26/8(angka 26/8 adalah contoh sahaja). Ini bermaksud anda mempunyai 26 orang pengguna dalam kumpulan anda dan 8 adalah tidak aktif. Jika anda klik angka 26/8 itu, anda akan diberikan senarai nama semua 26 orang ahli pengguna anda termasuk 8 nama akan berwarna merah. Ini bermakna anda boleh menaja terus 8 orang baru. 

Jadi, apa tunggu lagi, klik Main Menu, dan klik “Register Replacement User”. Seterusnya daftarkan ahli pengguna baru tajaan anda. Mereka ini akan termasuk dalam senarai kategori satu seperti diatas.  🙂

“Dream BIG and Keep It SIMPLE”

About Kamaruzaman Zainal (KZ)

Kamaruzaman Zainal (KZ), B. Mgt (USM). Managing Own Network Marketing Business. Member of Tone Group : Service Center of TONE EXCEL and Premium Branch of TONE PLUS. Founder of MyTonePlus.com.
This entry was posted in Program Tone Plus and tagged , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

One Response to Tone Plus : Isu Tambah/Ganti Ahli Pengguna Yang Tidak Aktif

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s