Tone Plus : Tak Dapat 4 Ahli Baru Tone Plus Dalam 1 Bulan. Apa Jadi?

imagesSaya banyak menerima soalan seperti tajuk diatas dari ahli Tone Plus dan juga dari mereka yang berminat untuk menjadi ahli. Jangan cuak. Biar saya huraikan sedikit sebanyak tentang kenyataan ini.

Sewaktu awal pendaftaran Tone Plus dibuka sehingga Β 31 Disember 2012, jika seseorang ahli tidak cukupkan kuota 4 ahli pengguna baru yang ditaja dalam 1 bulan, maka keseluruhan ahli yang ditaja olehnya bersama-sama pengguna-pengguna baru yang diterima akan dihantar kepada upline. Ini dinamakan proses ‘Group Pass Up” dalam sistem Reverse 2 Up. Akibatnya, downline yang anda taja juga akan terlepas kepada upline. Ia amat mengecewakan ahli-ahli Tone Plus kerana ‘orang-orang kuat’ mereka juga telah terlepas kepada Penaja/upline.

Walaubagaimanapun, bermula 1 Januari 2013, pihak syarikat telah mengubahsuai polisi ‘Group Pass Up’ ini. Bermula awal tahun ini, ‘Group Pass Up’ tidak lagi melibatkan ahli-ahli yang anda taja terus tetapi berlaku kepada ahli-ahli yang diterima oleh anda sahaja.

Contoh: Katakan anda telah menaja terus A, B, dan C (hanya 3 orang). Dalam keadaan ini anda belum lagi mendapat 4 orang pengguna tajaan anda. Okay, katakan A lebih aktif dan laju dari anda dan telah mencukupkan 4 orang tajaannya sendiri. Maka A akan menghantar 2 orang, katakan A1 dan A2 kepada anda sebagai mencukupkan syarat Reverse 2 Up nya.

Dalam keadaan diatas, anda belum lagi cukup 4 orang tapi orang bawah anda iaitu A telah cukup dan mula hantar (sedekah) kepada anda 2 pengguna baru.

Okay, jika mengikut ‘Group Pass Up’ cara lama, setelah cukup 1 bulan, kesemua A, B, C , A1 dan A2 akan dihantar terus kepada upline anda. Anda kehilangan keseluruhan Group anda. Ia pasti mengecewakan anda selaku ahli.

Bagaimanapun, mengikut pengubahsuaian baru yang diperkenalkan pada awal tahun ini pula, hanya A1 dan A2 sahaja yang akan dihantar kepada upline anda. Manakala A, B dan C masih kekal bersama anda. Ini kerana anda belum layak menerima orang yang dihantar kepada anda selagi anda belum cukup menaja 4 orang pengguna baru. Lebih adil.

Jadi, anda perlu segera mendapatkan 4 ahli pengguna baru supaya anda akan menerima pengguna baru yang dihantar oleh downline dan tidak Β terlepas ke upline.

Untuk pengetahuan, tempoh 1 bulan pula dikira bermula dari tarikh anda menjadi ahli iaitu tarikh anda mendapat nombor ahli TPA.

Jika diperhatikan, tiada apa yang perlu dikhuatirkan sangat dengan syarat 1 bulan untuk mendapatkan 4 pengguna baru. Anda masih boleh terus mencukupkan 4 orang pengguna baru tersebut walaupun setelah 1 bulan. Apabila telah cukup 4, maka anda akan mula layak menerima pengguna-pengguna baru yang akan dihantar oleh downline. Berapa lama? Anda putuskan. Keahlian anda tidak terjejas, ‘orang-orang’ kuat anda juga tidak terlepas.

TQ

About Kamaruzaman Zainal (KZ)

Kamaruzaman Zainal (KZ), B. Mgt (USM). Managing Own Network Marketing Business. Member of Tone Group : Service Center of TONE EXCEL and Premium Branch of TONE PLUS. Founder of MyTonePlus.com.
This entry was posted in Program Tone Plus and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s