Apa Beza Tone Excel dan Tone Plus? Nak Join Program Mana?

Banyak kali saya ditanya soalan seperti tajuk diatas. Agak sukar untuk saya menjawabnya. Ini kerana, saya menyertai kedua-dua program tersebut. Saya bermula dengan Tone Excel pada April 2011 dan telah mempunyai ahli lebih 2,000 ahli apabila syarikat memulakan program keduanya iaitu Tone Plus pada Ogos 2012.

Saya kurang pasti kenapa Tune Talk mengadakan 2 program berbeza tetapi saya diberitahu atas permintaan ramai ahli yang mahu sistem yang lebih pantas untuk mencapai pendapatan yang lebih lumayan. Itu sebabnya Tone Plus dilancarkan.

Untuk saya cuba menjawab soalan diatas, anda perlu tahu fakta perbezaannya dahulu. Sila klik persembahan power point berikut:

Dalam menilai program pemasaran rangkaian, bagi saya secara dasarnya, tidak kira apa pun program, yang penting adalah Integriti Produk, Syarikat, Sistem Imbuhan dan Pembelajaran. 

Memandangkan program Tone Excel dan Tone Plus adalah merupakan produk yang hampir serupa dan oleh pengendali syarikat yang sama, maka  seharusnya perbezaan yang kecil seperti nilai komitmen Top Up dan tarikh pembayaran komisyen tidak perlu diperbahaskan. Sila lihat dan baca fakta-fakta keseluruhan tentang program -program tersebut dalam post-post saya sebelum ini.

Yang menjadi pokok persoalan adalah perbezaan yang amat ketara dalam cara Sistem Pembayaran Imbuhan. Perbezaan ini menjadi titik tolak dalam menentukan program mana untuk anda menjana pendapatan. Apa yang saya bincangkan disini adalah berkenaan kedudukan sebagai ahli biasa program tersebut tanpa mengira apabila mereka telah meningkat sebagai Service Center, Branch dan sebagainya,

1. Bonus ‘Fast Track’ Menaja: Dalam program Tone Excel, apabila anda menaja duit Bonus menaja sebanyak RM20 akan dikreditkan kedalam akaun anda pada bulan berikutnya iaitu sebanyak 2 kali. Manakala dalan program Tone Plus ia bersifat TUNAI sebanyak RM20. Ini kerana, apabila anda (ahli) membeli sim kad Tone Excel pada harga RM90 dan dijual semula pada harga RM90. Tetapi dalam Tone Plus, anda (ahli) membeli sim kad pada harga RM70 dan menjual semula pada ahli baru pada harga RM90.

2. Komisyen: Secara ringkas Tone Excel menggunakan sistem pembayaran pelbagai peringkat (MLM) tradisional. Ia membayar setakat 3 Aras sahaja dengan pembayaran berjumlah 6%, 3% dan 11% (Tahap 1) atau 10%, 3% dan 13% (Tahap 2) bergantung kepada nilai Top Up anda samada antara RM20-RM59.99 atau Lebih RM60. Ini bermakna setiap ahli yang ditaja terus di aras 1, pembayaran komisyen Top Up  6% atau 10% bergantung kepada nilai Top Up anda. Penajaan terus boleh berlangsung secara infiniti kerana tiada had penajaan yang dikenakan.

Bagi Tone Plus pula, ia menggunakan sistem pembayaran yang agak robust dengan menjanjikan pulangan 13% kepada sesiapa yang telah berjaya mendapat ahli pengguna baru seramai 4 orang. Ini bermakna, sesiapa yang ditaja terus selepas 4 ahli yang pertama, maka anda akan dibayar sebanyak 13% . Penajaan terus juga boleh berlaku secara infiniti kerana  tiada had penajaan dikenakan.

Isu penajaan terus yang saya perkatakan diatas adalah berkenaan apa yang dipanggil ‘kelebaran’ (width)  rangkaian yang boleh menjana pendapatan untuk anda. Yakni, kedua-dua program menawarkan penajaan terus secara infiniti dengan nilai komisyen Top Up yang berbeza-beza iaitu 6% atau 10% untuk Tone Excel dan 13% untuk Tone Plus.

widthdepth

Dari segi ‘kedalaman’ (depth) rangkaian pula, perhatikan bahawa Tone Excel hanya membayar setakat 3 Aras sahaja. Aras ke 4 dan seterusnya tiada sebarang pembayaran komisyen kecuali anda naik pangkat ke Service Center.

Manakala Tone Plus pula melakukan pemilihan 2 orang secara rawak dalam setiap 4 orang downline anda. Ia boleh dikatakan secara infiniti jika downline anda bergerak. Jadi, Tone Plus ada potensi ‘kedalaman’ walau pun anda tidak naik pangkat.

Walaubagaimanapun, untuk kedua-dua program, agak sukar untuk saya menyatakan sejauh mana seseorang itu mampu untuk mengerakkan downline supaya ia terus bergerak dan menambahkan ‘kedalaman’ rangkaian organisasinya. Ia bergantung kepada kemahiran dan kekuatan individu itu untuk mengerakkan kumpulannya.

Contoh: Katakan A ahli baru. A berwawasan, berkemahiran, bersemangat dan sangat hebat menaja. A mungkin boleh menaja B dengan mudah. Tetapi adakah B mampu menaja orang lain?

Dalam Tone Excel, jika B juga adalah seorang yang sama berkemahiran, bersemangat hebat maka A akan beruntung kerana B akan  membesarkan ‘kelebaran’ rangkaiannya. Dalam Tone Plus pula, sehebat mana pun B, dia akan hanya menyumbang 2 orang sahaja kepada A mengikut sistem reverse 2 up.

Bagi saya, agak penting untuk menaja mereka yang hebat dalam Tone Excel agar ‘kelebaran’ rangkaian bertambah atas inisiatif ‘leader-leader’ tersebut. Anda akan beruntung jika dapat menarik mereka yang hebat untuk menyertai anda secara terus di Aras 1.

Apakah pilihan anda jika anda tidak dapat menaja ‘leader-leader’ hebat? Mudah… Anda akan terus menaja dan menaja. Jika anda dalam Tone Excel, proses menaja dan menaja akan memberikan pulangan 6% atau 10% tetapi didalam Tone Plus, anda berpeluang untuk mendapat 13% sekiranya anda menaja orang ke 4 dan seterusnya.

Saya pasti apabila anda masuk mana-mana program pun ia adalah untuk berusaha menaja bagi menambahkan pendapatan. Jadi, apa bezanya jika menaja 1, 2, 3, 4 atau 5 atau seterusnya?

Seperkara tentang Tone Plus yang saya gemari adalah ia mempunyai ‘target‘ untuk dicapai oleh setiap ahli iaitu menaja 4 orang ahli pengguna baru sebelum di naik taraf. Secara teori, ianya adalah matlamat oleh setiap ahli untuk berjaya.

Secara peribadi, saya berpendapat, jika anda orang baru atau tiada masa dalam membentuk organisasi maka Tone Plus adalah sesuai untuk anda kerana ia menyediakan anda ‘target’ awal untuk dicapai. ‘Target’ ini pun tidak lah sesukar mana. Sekadar 4 orang yang mampu dilakukan oleh sesiapa jua yang rajin berusaha. Program ini untuk semua peringkat pencari peluang, baik orang baru atau lama. Program ini bersifat individual.

Bagi mereka yang sedikit berpengalaman (tau cara ‘cucuk satay’) dan mempunyai rangkaian atau mempunyai kekuatan berorganisasi atau bercita-cita membentuk kumpulan besar, maka Tone Excel boleh memberikan peluang tersebut. Ini kerana apabila anda telah berjaya membentuk rangkaian, pangkat Service Center atau Branch akan memberikan anda pulangan yang lumayan. Program ini bersifat kumpulan (grouping).

Okay, pendapat 2 sen saya ini mungkin silap. Anda yang lebih berhak untuk menilainya. Jangan risau untuk mencuba mana-mana program. Bak kata orang, mana-mana program pun sama, janji anda buat! Kalau masuk program sistem terbaik di dunia sekali pun, jika anda tak buat, hasilnya TIADA  juga.

Kita bernasib baik kerana program ini bernilai RM90 sahaja. Pelaburan nya rendah. Jika terlalu mahal, agak sukar juga saya nak buat percaturan. Tulisan diatas adalah atas pandangan peribadi saya setelah lebih kurang 4 tahun mengusahakan Tone Excel dan 2 tahun dalam program Tone Plus. Saya masih melakukan kedua-dua program.

Jika anda orang baru, saya tidak menasihatkan anda untuk melakukan kedua-dua program kerana saya percaya anda akan lebih berjaya jika anda fokus kepada satu program sahaja dan melakukannya sehingga berjaya.

Kalau anda ada pandangan, saya alu-alukan.  TQ.

About Kamaruzaman Zainal (KZ)

Kamaruzaman Zainal (KZ), B. Mgt (USM). Managing Own Network Marketing Business. Member of Tone Group : Service Center of TONE EXCEL and Premium Branch of TONE PLUS. Founder of MyTonePlus.com.
This entry was posted in PELUANG BUAT DUIT!, Program Tone Excel, Program Tone Plus and tagged , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

67 Responses to Apa Beza Tone Excel dan Tone Plus? Nak Join Program Mana?

  1. CJFTNICHOLAS says:

    Bagi pendapat KZ, kalau dilihat daripada plan pemasarannya adakah syarikat yang menjayakan program Tone Excel atau Tone Plus ini boleh digolongkan dalam katagori MLM, dan seharusnya mempunyai lesen MLM daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri terlebih dahulu demi pertumbuhan jangka panjang perniagaan itu sendiri, dan juga bagi mengelak sebarang gangguan dimasa akan datang daripada pihak kementerian?

    • Ratubuah says:

      Yup. sememangnya seperti ada pertindihan di situ. Cumanya ianya tidak jelas.Walaubagaimanapun syarikat telah bertemu dengan pihak kementerian dan mereka diberitahu tidak perlu lesen tersebut memandangkan Tone Excel dan Tone Plus telah tertakluk kepada Lesen Telekomunikasi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia.

  2. Andrew says:

    Tuan, saya tak tau nak ada komen tapi saya ada pertanyaan sikit iaitu mengenai apa kelebihan ToneExcel dengan Tone Plus tu, Tolong kata dengan ringkas saja.

  3. norazman md ali says:

    t.kasih tuan . Penjelasan yg amat baik.

  4. Azmie Miezan Sain says:

    Salam… Sy bru join tone excel… N bru tau tntg tone plus… Dr penjelasan TUAN BG sy adalah lebih baik utk sy buat n guna cara tone plus SBB sy tau sy bkn Org yg boleh buat cara tone excel… So nasihat tuan??? Perlu sy tukar or kekalkan tone excel n join new with tone plus… Tq

  5. Cjftnicholas says:

    Tuan KZ, Program Tone Plus hanya memerlukan kita untuk dapatkan 4 orang bagi melayakkan pembayaran komisen 13%. Bagaimana jika saya teruskan saja usaha tajaan saya melebihi daripada 4 orang. Adakah ianya dibenarkan dalam program ini?

    Tentang ahli yang tidak aktif selepas 14 hari tu, macam mana cara nak gantikan ahli itu? Adakah ianya dilakukan oleh system secara auto?

  6. abraham says:

    Ada tips / skrip yg strong untuk beginner x.. Mklum la x brpa petah nk bwt ayat sndri.. Nk mnta tnjuk ajar dr yg bpngalaman..=)

  7. Lina rusli says:

    Tuan. Bonus rujukan tiada dlm program tone plus?tk

  8. Ken says:

    Kalau nak tukar no celcom ke tune excel mcm mana?

  9. suffian says:

    Salam. Mohon untuk dikongsikan powerpoint tersebut ke emel saya. Satu perkongsian ilmu yang baik. Terina kasih

  10. dingtelaga says:

    terima kasih.saya baru tau pasai tone plus.

  11. zuraimi says:

    Mcm mana join dua2 program…saya dah masuk tone excel…

  12. Rohiza Mohamad says:

    Sila hubungi saya n berminat untuk menyertai program toneplus
    Whatsapp 017-2357787
    TQ

  13. norshaf says:

    jika dah member tone excel,maknanya kena register tone plus lak,jika nak kedua-dua..mohon pencerahan.

  14. Barulah jelas. Terima kasih tuan. Selamat maju jaya.

  15. Mohamad Effandy Bin Ahmad says:

    Terbaik,,, boleh mulakan sekarang,

  16. azhar says:

    saya baru join ttte.. sy ade buka 3 akaun..downline sy semuanye sy letakan d akaun yg ketiga sy.. jd kalau di dlam TP bagaimana pula sistemnye jika serupa rangkaian sy ni.. maksud sy komisyen topup% nyer..

  17. sima says:

    nak cuba tapi macam mana jauh orang sarawak

  18. Alex Wong says:

    1 ) Tuan, bukan kah ada lagi satu perbezaan yang amat ketara antara Tone Excel dengan Tone Plus , iaitu, — dlm Tone Plus, penajaan kesmua 4 orang ynga pertama itu kena dilakukan dalam masa 30 hari ( atau 14 hari saja tak pasti ) , jika tidak , group kita (semua penajaan 1, 2, 3 sebelum dapat yang ke 4 ) akan hilang dari kita di pass up kepada upline sudah ?? Bererti , ianya ada “deadline” untuk ” target ” tu , betul kah ??
    2 ) Perkara kedua yang saya ingin dapatkan kepastian ialah , dlm Tone Plus , penajaan 4 orang pertama itu antara nya ada 2 orang akan di pass up, adakah bererti kita kena taja sampai 6 orang ( 6 tolak 2 = 4 ) barulah dianggap layak untuk 13 % top up commission ?
    3 ) Tajaan kita yang 2 orang yang di pass up kepada upline tu, pasti masih kita boleh dapat top up commission dari top up mereka kah ? ( bererti upline kiita dapat 13 % dan kita sendiri juga dapat 13% berdasarkan top up kedua – dua pengguna yang sama yang telah di pass up itu ) ?

    Terima kasih, harap dapat balasan daripada Tuan.

    • Ratubuah says:

      1. Tak betul. Itu peraturan lama. Sekarang ia tiada lagi.
      2. Tidak. Hanya 1, 2, 3 dan 4 untuk dapat 13%
      3. Apabila Downline yg telah di pass up itu Top Up, maka upline dapat 13% DAN anda pun dapat 13%

      • Ct Raz says:

        Salam Tuan..maaf mencelah..tuk soalan yg NO.1 tu..berapa lama tempoh kita nak capai target tuk taja 4 org tu?? atau selagi kita tak taja 4 org tu, kita tidak layak terima 13% komisen..betul ker??

      • Ratubuah says:

        Tiada tempoh masa untuk dapatkan 4 orang itu. Selagi tak dapat 4, maka tak dapat komisyen 13% tu, Anda hanya terima 3% dari 3 orang pertama sahaja

  19. Rachel Wen says:

    jika orang yang ditaja oleh saya. mereka juga mencari rakan baru daftar , adakah saya boleh mendapat komisen dari downline mereka?

  20. zakeman zahari says:

    Salam. Tuan/Puan sya nak tanya saya pernah menyertai tuneexcel pada 2013. Tetapi hanya melakukan biz seketika shj. Skrang hanya ibu sya shj yg menggunakan tuneexcel sebagai user. Sekarang sya sertai toneplus boleh tak sya menukar nob ibu sya dr toneexcek kpd tone plus. Mohon bantuan.

  21. mazlanmz says:

    Tuan, jika kita pindah dari Tone Excel ke Tone Plus bagaimana dgn d9 kita? Habis?

    • Ratubuah says:

      Siapa suroh pindah? Kita tidak digalakkan atau dibenarkan untuk berpindah. Hanya buka akaun baru samada di Tone Excel atau Tone Plus sahaja yang dibenarkan. Ia 2 program berbeza. Jangan tutup akaun kerana dah ada pendapatan di akaun lama.

      • joy says:

        Tuan, jika dlm TE digalakkan untuk buka 3 akaun dan kembangkan akaun ketiga saja, adakah dalam TP ni boleh buat mcm tu? Contohnya kita beli sim TP satu..kemudian kita beli lg 4 sim TP untuk cukupkan syarat upgrade komisyen dan daftarkan keempat2 sim tu bawah kita sendiri..boleh buat mcm tu tuan?

      • Ratubuah says:

        Tak boleh macam tu. Dalam TP hanya gerakkan 1 akaun dulu. Setelah anda bertaraf stokis Service Center, baru lah berkira-kira untuk buka lagi satu. Ini kerana TP menggunakan sistem ROYALTY

  22. awang says:

    Nak tanya admin… so dlm tone plus level 1 cukup 4 kita dpt 13%.. level 2,3,4,5 hasil dr dowline tajaan kita semua kita dpt tak 13%..?

  23. syah says:

    Tuan.. Sy hanya guna simkad tune talk biasa, skiranya sy nak brpindah kpd tune excel @ tune plus, adakah no msih blh d kekalkan dn bagaimana pla dgn point yg kita himpun dlm smkad tune talk, blh x kita transfer ke smkad tune exel @ tune plus?

  24. Bidy says:

    kalu saya guna tone plus, sedangkan dah ada tune excel..rugila point saya dalam tune excel..tak gerak

  25. Tehah says:

    Sy dh join Tone Excel ni, blh ke nmbr lama sy Tone Excel tukar ke Tone plus?

  26. asma says:

    kedua2 ada kelebihan masing2.
    yg penting konsisten.
    saya pakai tne excel.
    dan nk fokus satu ja🙂
    pening kalau guna dua2.

  27. Zaki says:

    TE dan TP dua2 ni topup cash back die same ke? Kalau kite top-up dpt 3% pulangan duit topup?

  28. najihah says:

    reverse 2up ni cmna

  29. Siti says:

    Sy ingin bertanya. Kalu sebelum ni dh guna TE, boleh tak nk join TP tnpa mengekalkan no yg sama?

    Komisen di akaun TE akan burn tak? Point?

  30. Solaris says:

    Salam Tuan, kalau kta promot tak sampai 4 org… komisen tetap dpt kh?
    untuk pengguna tone plus…

  31. Moretz says:

    klau sya pakai sahaja tone excel tapi tak promote x pe ke?

  32. ekka says:

    boleh ka kalau sy tak cari orang? adakah sy tetap mendapat komisen?

  33. Ishmael says:

    Saya kiranya agak terlewat juga ketahui perniagaan ini. Bila lihat sudah ramai yang berjaya baru mula nak pasang enjin.. haha.. neway rezeki tu sentiasa terbuka untuk orang orang yang berusaha

  34. Pingback: Apa Beza Tone Excel dan Tone Plus? Nak Join Program Mana? (2) | Tone Excel & Tone Plus

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s