Tone Excel : Akaun Ahli Rasmi

“Haraf maaf, artikel ini adalah artikel lama berkaitan dengan akaun ahli versi lama. Pada bulan Mac 2014, pihak syarikat telah menaiktaraf sistem dengan versi baru. Pihak Admin akan cuba Update kemudian. Terima Kasih.”

Ramai ahli yang gagal memahami penggunaan akaun ahli Tone Excel. Saya ambil inisiatif untuk menerangkan sedikit tentang bagaimana penggunaan akaun ahli tersebut.

Selaku peserta atau ahli program Tone Excel,  anda akan mempunyai satu akaun rasmi sebagai ahli. Akaun peribadi yang diberikan syarikat Tone Excel adalah di www.toneexcel.com. Akaun ahli ini adalah untuk anda menguruskan hal-hal berkaitan keahlian anda dalam Program Tone Excel.

Apa yang boleh didapati dan dilakukan di Akaun Tone Excel?

1. Mengetahui segala maklumat terperinchi tentang program ini.

2. Mengetahui berita-berita terbaru dan semasa program ini.

3. Mengemaskini maklumat peribadi.

4. Melihat Komisyen dan Bonus yang diterima.

5. Melihat kedudukan ahli kumpulan anda (downline)

Bagi anda yang pertama kali melayari laman web ahli Tone Excel, berikut adalah keterangan bagaimana menggunakan laman web ini.

Sila layari laman web rasmi syarikat Tone Excel di www.toneexcel.com .

te1

(Muka depan Laman Web Rasmi)

Apabila anda berada dilaman web rasmi syarikat seperti diatas, untuk masuk ke akaun anda, sila klik Log In Ahli seperti di bulatan merah dalam gambar tersebut. Seterusnya, masukkan username anda iaitu No IC/Paspot etc dan Password. Jika anda mempunyai banyak akaun di program ini, username IC/Paspot perlu ditambah A, B, C.. Jika anda telah menjadi ahli dan pertama kali login ke akaun ini, password sementara adalah 1234 yang perlu ditukar oleh anda sendiri sebagai langkah keselamatan.

Setelah Log In anda berjaya,

1.  Berikut adalah gambaran Menu Utama (MAIN MENU) :

te2

Gambar 1a (Menu Utama – Ruangan atas):

te3Gambar 1b (Menu Utama – Ruangan bawah):

Menu-menu yang anda dapati di sebelah kiri gambar 1a adalah bersamaan dengan menu-menu yang anda boleh dapati di ruangan bawah Menu Utama seperti gambar 1b diatas.

Anda boleh perhatikan username iaitu nombor IC/Paspot anda dan nombor keahlian anda di Main Menu ini, Ia terdapat di ruangan atas kiri seperti di bulatan merah di Gambar 1a.

2. Untuk melihat maklumat-maklumat keahlian anda atau mengeditnya, sila klik sub-menu Edit Profile samada di menu MEMBER PROFILE sebelah kiri atau seperti yang tertera di Gambar 1b.

te6

Gambar 2 (Sub Menu – Edit Profile)

Anda boleh mengedit maklumat peribadi sekiranya terdapat sebarang perubahan dan setelah itu, klik butang UPDATE supaya dikemaskini.

3. Untuk melihat, memasukkan atau mengedit maklumat bank tempat komisyen anda akan di kreditkan, sila klik sub-menu Edit Bank Info. 

te7

Gambar 3 (Sub Menu – Edit Bank Information)

Sila pastikan maklumat bank anda adalah betul bagi memastikan komisyen masuk dengan tepat masanya. Jika anda menggunakan akaun pihak ketiga, sila pastikan pihak Ibupejabat telah pun menerima surat kebenaran anda (PENTING!) untuk menggunakan akaun pihak ketiga (Third Party Account). Sila talipon Ibupejabat di 03-90543809, 010-5000969 atau 010-5333969 untuk mengesahkannya. Sila klik butang UPDATE setelah melakukan sebarang perubahan.

4. Untuk melihat, memasukkan atau mengubah maklumat pewaris akaun Tone Excel anda, sila klik sub-menu Edit Beneficiary Info.

te8

Gambar 4 (Sub Menu – Edit Beneficiary Information)

Pastikan maklumat pewaris anda adalah tepat dan sekiranya anda melakukan perubahan sila klik butang UPDATE.

5. Anda diberikan password sementara 1234 sewaktu pertama kali membuka akaun ini, sila tukar ke password anda sendiri dengan cara klik sub-menu Change Password. 

te9

Gambar 5 (Sub Menu – Change Password)

Masukkan password sedia ada 1234 di Enter Current Password dan masukkan password baru di Enter New Password dan sahkan password baru itu sekali lagi di Confirm New Password. Jangan lupa klik UPDATE.

6. Menu ACCOUNT STATUS adalah untuk anda melihat satus komisyen Top Up yang anda terima. Klik sub-menu Statement untuk melihat kedudukan pembayaran komisyen Top Up anda.

te10

Gambar 6a (Sub Menu Statement Summary – Ruangan Atas)

te11

Gambar 6b (Sub Menu Statement Summary – Ruangan Bawah)

Di muka menu ini anda dapat melihat jumlah nilai komisyen Top Up yang telah bayar ke akaun bank ahli pada setiap 21hb seperti di bulatan merah dalam Gambar 6b diatas. Perhatikan bahawa pada bulan Feb 2013, tiada komisyen dibayar walaupun terdapat komisyen yang sepatutnya di terima (Commission Earned). Ini adalah kerana ahli tersebut hanya membuat Top Up sebanyak RM15  (Top Up) dan tidak memenuhi syarat komitment Top Up sebanyak RM20 untuk program Tone Excel. Maka komisyen sebanyak RM89.43 (Commission Earned) tidak akan dibayar.

Cara-cara memahami dengan terperinci sub-menu Statement Summary ini adalah seperti berikut:

te10a

Gambar 6c (Sub Menu Statement Summary – Ruangan Current Payout Summary)

Di ruangan Current Payout Summary, anda boleh melihat:

a) Member ID : Iaitu nombor keahlian Tone Excel anda.

b) Account Login : Ini adalah username yang digunakan untuk masuk Log In ke akaun ini.  Ia adalah nombor IC/paspot ahli. Jika ia akaun kedua atau seterusnya, terdapat tambahan A, B, C dsbnya.

c) Member Name : adalah nama ahli

d) Join Date : adalah tarikh anda mendaftar untuk menyertai program ini.

e) SIM ID : Ini adalah nombor 8 angka terakhir yang terdapat dalam nombor siri Sim Kad Tone Excel anda. Ia tercatit di belakang Sim Kad anda.

f) Current Bonus Start Date : adalah Tarikh dan Waktu bermula komisyen yang sedang dalam proses pengiraan dan belum dibayar. Iaitu bulan semasa.

g) Current Bonus End Date : adalah Tarikh dan Waktu komisyen yang sedang di kira akan berakhir. Iaitu bulan semasa.

h) Personal Top Up amount : Ini adalah kedudukan Top Up yang telah anda lakukan sepanjang bulan semasa iaitu diantara tarikh seperti di para f) dan g) diatas.

i) Expected Bonus Amount : adalah nilai komisyen Top Up yang dijangka akan diterima oleh anda mengikut tarikh proses diantara para f) dan g) di atas. ‘Still Capturing’ bermaksud proses masih berterusan.

j) Total Transactions : adalah jumlah transaksi yang direkodkan atau bilangan transaksi Top Up yang telah dilakukan oleh ahli kumpulan anda sepanjang waktu pengiraan ini berjalan seperti tarikh di para f) dan g).

k) PENTING!! PENTING!!

Sila perhatikan maklumat penting ini:    * Last Updated on  2013-05-23 00:00:00 

Ini lah tarikh dan waktu segala maklumat diatas direkodkan dan dikemaskini. Jika anda atau sesiapa ahli rangkaian anda Top Up selepas tarikh itu tetapi masih dalam bulan yang sama, anda perlu bersabar untuk melihat rekod tersebut di kemaskini.

Ini kerana setiap kali anda Top Up, sistem ini akan hanya merekodnya apabila pihak syarikat mengemaskini maklumat tersebut dalam akaun anda. Ia mungkin mengambil masa 3-4 hari. Harap bersabar.

Bayangkan bahawa apabila anda Top Up, maklumat tersebut akan dihantar ke pengkalan data Tune Talk terlebih dahulu. Setelah itu, pihak Tune Talk akan mengumpulkannya dan menghantar ke syarikat Tone Excel dan akhirnya pihak Tone Excel akan mengemaskinikannya di akaun anda. Ia memakan sedikit masa. So, sekali lagi, harap bersabar.

Seterusnya, di sub-menu Statement Summary terdapat satu lagi maklumat tentang Bonus Rujukan atau Bonus Fast Track yang dibayar 2 kali apabila anda menaja orang baru. Maklumat tersebut boleh diperhatikan seperti ini:

te10b

Gambar 6d (Sub Menu Statement Summary – Ruangan Fast Track)

Terdapat 2 maklumat yang tertera seperti dalam 2 bulatan merah diatas.

a) Current FT bonus start date : adalah tarikh mula sesuatu bonus Fast Track diambil kira.

b) Current FT bonus end date : adalah tarikh akhir sesuatu bonus Fast Track diambil kira.

c) Total New Sponsor : Jumlah ahli baru yang anda taja mengikut tarikh a) hingga b)

d) FT bonus amount : Jumlah Bonus Rujukan atau Fast Track yang akan dibayar.

Sekali lagi, sila perhatikan maklumat penting ini:    * Last Updated on  2013-05-23 00:00:00  yang menunjukkan bila rekod anda dikemaskini.

Jika anda ingin melihat secara terperinchi traksaksi Top Up yang dilakukan oleh ahli-ahli kumpulan anda,  sila klik nilai ‘Expected Bonus Amount’ seperti bulatan merah di Gambar 6C diatas. Senarai Top Up oleh ahli-ahli akan kelihatan seperti di bawah:

te10c

Gambar 6e (Sub Menu Statement Summary – Ruangan Terperinci Top Up Ahli)

Bulatan merah besar menunjukkan keterangan ahli anda yang Top Up. Yang tercatit disitu adalah L2 (bermakna ahli aras 2), No Ahli mereka, 8 angka terakhir siri Sim Kad dan jumlah Top Up yang mereka lakukan.

Di bulatan merah kecil adalah bahagian nilai hasil yang anda terima berdasarkan % mengikut kedudukan aras (level) ahli rangkaian tersebut.

Bahagian lain menunjukkan tarikh berlakunya Top Up dan cara mereka melakukan Top UP tersebut.

7. Menu Genealogy Tools adalah digunakan untuk melihat senarai ahli-ahli dalam rangkaian anda. Klik View Genealogy (Unilevel) dan akan lihat gambaran seperti di bawah:

te12

Gambar 7 (Sub Menu View Genealogy Unilevel)

Anda boleh melihat senarai ahli rangkaian anda beserta butir seperti Nombor ahli (Member ID), No IC/pasport, Nama, Aras dimana mereka berada dan No ID penaja mereka.

Jika senarai terlalu panjang, anda boleh mencari mereka dengan memasukkan no IC atau pasport di Search Log In ID seperti di bulatan merah Gambar 7 diatas.

8. Di Menu Marketing Tools terdapat dua sub menu iaitu Referred Member List dan Affilate Page.

Menu Referred Member List ini membolehkan anda melihat mereka yang telah anda taja terus (direct sponsor) di aras 1. Muka menu ini adalah seperti di bawah:

te13

Gambar 8 (Sub Menu Referred Member List)

Di menu ini, anda boleh melihat maklumat mereka yang telah anda taja terus di aras 1 beserta Tarikh, Nombor Ahli dan Nama Ahli.

Seterusnya, pihak syarikat ada menyediakan laman web Affiliate untuk ahli-ahlinya. Jika anda ingin mendapatkannya secara percuma, sila klik sub menu Affilate Page dan isikan maklumat seperti di bawah:

te14

Gambar 9 (Sub Menu Affilate Page)

Anda perlu isikan maklumat nombor talian untuk di hubungi dan alamat email. Setelah anda klik butang Request, sila semak email untuk arahan lanjut.

Itu sahaja yang terdapat dalam akaun ahli Tone Excel anda. Sekiranya anda gagal masuk ke akaun ini, terdapat beberapa perkara yang mungkin menjadi penyebabnya:

1. Anda bukan ahli.

2. Username anda iaitu nombor IC atau pasport sewaktu mendaftar mungkin berlainan atau terdapat kesilapan sewaktu pendaftaran.

3. Anda terlupa password.

Untuk menyelesaikannya, sila talipon pihak syarikat di Care Line 010-5000969 / 010-5333969 atau Pejabat Tone Excel di 03-90543809 untuk bantuan. TQ

About Kamaruzaman Zainal

B. Mgt (USM). Usahawan Pemasaran Rangkaian. Premium Branch TONE PLUS dan Service Center TONE EXCEL.
This entry was posted in Program Tone Excel and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

33 Responses to Tone Excel : Akaun Ahli Rasmi

  1. Jalil Suboh says:

    Salam sejahtera, maklumat yg dipamarkan banyak membantu ahli-ahli baru.
    Saya ada masalah mengenai nak kemaskini data maklumat no. Hpone baru dari 0108019264 kpd 0132081200 dlm Affilate Page.
    Harap dapat bantuan dari pijak tuan.
    Sekian terima kasih.

  2. Sylvia says:

    Macam mana nak buka akaun…. saya baru mau start tapi tak tau apa web….

  3. Yun says:

    Our new spnsors? Org yg kite taja bmksud kite beli other new simcard n give it to them free….?mcmne kite dpt tahu yg kita akn dpt komisen dr 3 level tersebut…

  4. nurhidayu says:

    saye x bleh log in da cbe bnyak kali

  5. ahmad zaidi bin radzuan says:

    saya nak tanya apa hal saya punya wang komisen tak pernah masuk dari mula saya msuk tak penah dapat pun.betul k3 tidak ni

    • Ratubuah says:

      Jika komisyen tak masuk bermakna beberapa perkara. Adakah anda berikan nombor akaun yang tepat sewaktu pendaftaran atau wang komisyen terkumpul belum mencukupi RM30 untuk dihantar ke bank anda. Sila buka akaun ahli dan semak.

      • Mrs. J says:

        same to me here. if only i can get back all the commission i didnt get. sdh 2 thn lbh jd member, tp lgsg xpnh dpt komisen dlm bank. tp statement dlm member acc ada pula. every details sy sdh bagi dgn tepat. pnh sy tujukan mslh nie kpd careline tone excel byk kali, tp lain ditanya lain pla dijawab. & skg sy masih menggunakan number toneexcel ini kerana sy tlh menggunakannya utk semua contact & urusan rasmi.
        it would be very helpful if anyone could give advice regarding this matter. & i will be so thankful for that.

      • Ratubuah says:

        Ada beberapa petunjuk tentang wang KOmisyen yg tidak diterima namun pihak puan tidak jelaskan kepada saya dalam komen diatas. Sila hubungi Ibupejabat Dan tuntut hak puan bersama buktinya. Selalunya pihak Ibupejabat membayar KOmisyen ahli kecuali terdapat syarat2 yg tidak dipenuhi.

  6. James Horn says:

    cara yang cukup baik dan kemas. Taniah dan semoga berjaya…

  7. Iman says:

    saya nak tanya, saya ada tiga akaun tapi yang saya dah daftar dekat web hanya satu akaun. macam mana nak daftar lagi dua akaun tu?

  8. Hairil Rahim says:

    Terima kasih atas perkongsian ini, Tone Excel memang bisnes terbaik.

  9. mohdhasni says:

    Sy mohd hasni bin abdullah..sy nak check status akaun sy..nom idd ejes sy bgi sy xleh nak buke..so macam mane sy nak buke akaun tone excel sy..

  10. Hairil Rahim says:

    Terbaik bisnes Tone Excel ni, rugi siapa tak buat sampai bila nak jadi orang yang rugi sahaja kan.

  11. aida hani binti ayob says:

    Sy dh mnjadi ahli..tp mcm mana nk log in untuk kemaskini akuan.

  12. Norazimah says:

    Assalamualaikum.. Saya Norazimah Binti kamzah no I/C 940126016586.saya nak minta tolong En Or Sis  supaya tolong cek kn saya punya member area Tunetalk tonexcell .sebab saya terlupa password saya,,saya tidak boleh nak log in area tersebut.Terima kasih.

  13. Saya nak lihat akaun bank saya berapa saya dapat komisen saya boleh

  14. nuny says:

    macamni lupa id. tak dapat masuk.. huhu

  15. Azmir ingin berjaya apa pun yang dtng akan selalu.pada sim kat tone excal.

  16. kamarul says:

    Salam , sebelum ni saya pernah pakai simkad toneexcel ni tapi saya stop atas sebab tertentu then sekarang simkad tu dh expired . so, saya beli simkad baru dan daftar apa semua macam biasa lah lepastu saya login untuk kemaskini akaun profile yang baru sekali keluar profile akaun yang lama . id penaja saya yang lama tak boleh tukar kepada id penaja yang baru….. macam mana ye? harap admin boleh tolong saya .

Leave a reply to mohdhasni Cancel reply