Tidak Percaya atau Takut Tertipu – Ini Faktanya!

Studio shot of a beautiful smiling successful young business womanSaya kembali menulis tajuk ini kerana saya dapati artikel saya yang terdahulu yang ditulis 1 tahun yang lepas masih mendapat perhatian pembaca blog ini. Anda boleh membaca artikel tersebut di sini (klik).

Bagi membantu mereka yang masih ragu-ragu, saya turunkan beberapa fakta untuk membantu anda melihat dan melakarkan perspektf sendiri mengenai program ini. Anda perlu “Check It Out!”.

1. Tahun Beroperasi dan Bilangan Ahli:

Tone Excel sejak Oktober 2010 hingga  31 July 2014 (hampir 4 tahun) – > 430,000 Ahli

Tone Plus sejak Ogos 2012 hingga 31 July 2014 (3 tahun) – > 43,000 Ahli.

Jumlah keseluruhan ahli kedua-dua program ini melebihi 470,000 ahli! Bukan senang nak dapat ribuan ahli sebegini kalau ia program yang tidak mantap dan menipu. Rekod menunjukkan setiap bulan terdapat lebih kurang 5,000 ahli baru menyertai program ini, dan angka ini sedang bertambah. Pastinya ada sesuatu yang menarik yang menyebabkan begitu ramai yang mendaftar sebagai ahli.

2. Pembayaran Komisen seperti dijanjikan: Komisyen Tone Excel tepat dibayar pada 21hb setiap bulan dan komisyen Tone Plus pula tepat pada 25hb setiap bulan. Buka sahaja akaun bank, cukup masa, ia dikreditkan terus ke akaun ahli, Tak payah tanya, tak payah minta, tak payah tengok!🙂

3. Penambahbaikan Pelan Imbuhan: Terdapat beberapa perubahan berlaku terhadap pelan imbuhan sepanjang program ini berjalan, namun ia lebih menguntungkan ahli. Perubahan-perubahan ini adalah ini seperti kenaikan % komisen dan pengurangan komitmen bulanan dalam pelan imbuhan Tone Excel dan Tone Plus.

4. Komitment Syarikat: Tone Excel dan Tone Plus masih terus menambahkan nilai (value added) dan kelebihan untuk kebaikan ahli-ahlinya. Paling menarik tahun ini adalah apabila program ini menawarkan pakej Umrah untuk ahlinya. Kumpulan Tune Group pula terus memberikan pelbagai kelebihan baru seperti diskaun Tune Hotel dan Voucer Air Asia kepada ahli program ini. Tidak mahu ketinggalan, Tune Talk juga turut memberikan promosi-promosi semasa yang menarik. Kesemua elemen tambah nilai ini berlangsung terus-terusan.

5. Repot Penipuan:  Sehingga kini, tiada repot polis atau laporan yang diterima oleh mana-mana pihak berkuasa tentang sebarang salah laku oleh syarikat. Walaubagaimanapun terdapat repot polis terhadap ahli dan bekas ahli yang menipu orang ramai dengan melakukan aktiviti yang bersalahan dengan polisi syarikat seperti menganjurkan skim yang berbeza dari yang ditawarkan. Kesalahan oleh ahli adalah bersifat individu dan tidak di kompromi oleh syarikat. Anda perlu berhati-hati dengan pelbagai skim yang hampir menyerupai program ini. Serupa tak semestinya sama!

6. Kejayaan Pendapatan Ahli: Ramai ahli yang telah mencapai pendapatan yang boleh dibanggakan. Maksud saya, dengan bermodalkan RM90 dan titik peluh usaha mereka, pendapatan yang diterima adalah sebagaimana yang dijanjikan.

Pendapatan 2 angka itu biasa, 3 angka itu ramai, 4 angka itu sebilangan dan 5 angka sebulan itu sudah ada beberapa orang. Seperkara yang ingin saya tegaskan, program ini bukan skim cepat kaya. Tidak ramai yang mahu menunjukkan pendapatan mereka secara terbuka kerana ia ibarat pendapatan tetap bulanan yang selalunya menjadi rahsia. Kalau anda tanya saya, jawapannya adalah 4 angka setiap bulan! Berapa? ooops sorry.🙂 Namun, ada ahli yang terbuka mengenai hal ini. Itu terpulanglah!

7. Pengiktirafan dari Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM): Pihak Lembaga telah mengiktiraf Tone Excel sebagai rakan niaga VIP mereka. Beritanya, anda boleh baca disini –> KLIK DISINI. Kerjasama ini meliputi penganjuran program bersama oleh Tone Excel dan pihak Lembaga. Dah pastinya, pihak Lembaga telah meneliti program ini sebelum mengesahkannya.

8. Berapa lama program macam ni boleh bertahan? Aiseeh man. Ini soalan ‘foul’, boleh kena kad kuning.🙂 Itu soalan hidup dan mati terhadap sesuatu benda ciptaan manusia. Kena ingat, ciptaan TUHAN di dunia ini pun akan ada penghujungnya. Tak mengapa, bagi saya kita hanya perlu lihat dan menilai siapa penerajunya, siapa dibelakangnya yang menyokong perjalanan program ini… Tune Talk, Tune Group, CELCOM!

Well, saya pun tak boleh nak bagi jangka masa hayat program ini. Kalau semua entiti yang terlibat ada untung, etika perniagaan dijaga, insyaallah lama. Tapi kalau niat nak menipu atau tak diuruskan dengan baik, tak lama lah.

Kita hanya boleh berusaha setelah menilainya sebaik mungkin, yang lain berserah pada yang Esa. Jika anda bekerja dengan sesuatu organisasi pun, anda tak boleh jamin 100% selamanya anda akan bekerja disitu.

Saya tak kata segalanya mesti 100% ‘perfect’, kerana payah nak cari sesuatu yang ‘perfect’. Nak cari pasangan, tak perlu yang perfect, janji kita dah buat segala penyelidikan asas dalam mencari sesuatu yang terbaik untuk diri kita. Maka, usahakan!🙂

TQ

“Dream BIG and Keep It SIMPLE”

About Kamaruzaman Zainal (KZ)

Kamaruzaman Zainal (KZ), B. Mgt (USM). Managing Own Network Marketing Business. Member of Tone Group : Service Center of TONE EXCEL and Premium Branch of TONE PLUS. Founder of MyTonePlus.com.
This entry was posted in INSPIRASI NETWORKING and tagged , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s