Sistem “Auto Top Up” Bermula

Setelah lama menanti, akhirnya pihak syarikat akan melaksana sistem “Auto Top Up” untuk ahli Tone Excel dan Tone Plus bermula 15hb Ogos 2014 ini. Menu arahan kepada syarikat untuk melakukan “Auto Top Up” terhadap ahli telah pun di buka dalam akaun keahlian Tone Excel dan Tone Plus masing-masing.

Bagaimana “Auto Top Up” ini berfungsi?

Ahli boleh melanggan sendiri kemudahan ini melalui akaun keahlian masing-masing. Langganan boleh dilakukan melalui klik menu “Auto Top Up” (seperti anah panah di gambar bawah) tentang nilai Top Up yang ingin di kreditkan ke talian Tone Excel atau Tone Plus.

AutoTopUp

Arahan melanggan kemudahan ini boleh dilakukan dengan mengisi butir-butir seperti diatas dan di sudahi dengan Β meletakkan tanda di menu “Enabled” seperti dalam bulatan merah diatas dan klik kotak “Save”.

Arahan melanggan ini perlu dibuat sebelum 5 haribulan setiap bulan sebelum ia di kreditkan ke talian ahli pada setiap 15 haribulan.

Ahli boleh membatalkan langganan “Auto Top Up” dengan hanya membuang tanda di menu “Enabled” dan klik “Save”. Selagi ia tidak dibuang, ia bermaksud arahan langganan ahli adalah berterusan setiap bulan.

Syarat minima Komisyen Top Up yang perlu ada untuk melanggan Auto Top Up adalah RM100. Setelah tarikh langganan ditutup pada 5 haribulan, ahli yang tidak mempunyai komisyen mencukupi akan diberitahu tentang perkara ini pada 6 haribulan dan ahli boleh menilai semula langganan mereka di antara 6 haribulan hingga 10 haribulan. Pada 15 haribulan, syarikat akan melakukan proses Auto Top Up tersebut.

Untuk melayakkan anda menerima rebat tunai 7% terhadap nilai “Auto Top Up”, syaratnya anda perlu melanggan “Auto Top Up” minima sebanyak RM50.

Seperkara lagi, jika anda melakukan “Auto Top Up” lebih RM100, maka Fee RM3 (bank charges) yang dikenakan oleh pihak bank sewaktu memproses penghantaran komisyen bulanan ke akaun bank kita adalah PERCUMA. Ia ditanggung oleh syarikat.

Wowww.. seronoknya. Tak payah susah-susah pergi kedai beli Top Up lagi, serupa macam kita pakai akaun talian postpaid lah!

Β Dan yang penting, tak lupa Top Up bulanan lagi dah! Komisyen pun tak terlepas! Β :)

About Kamaruzaman Zainal (KZ)

Kamaruzaman Zainal (KZ), B. Mgt (USM). Managing Own Network Marketing Business. Member of Tone Group : Service Center of TONE EXCEL and Premium Branch of TONE PLUS. Founder of MyTonePlus.com.
This entry was posted in ABC AKAUN AHLI RASMI, Auto Top Up, MANFAAT-MANFAAT, PERKHIDMATAN TALIAN, Program Tone Excel, Program Tone Plus and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s