Kemaskini Maklumat Waris dan Akaun Bank

Ahli Tone Excel atau Tone Plus boleh mengemaskini maklumat pewaris dan maklumat akaun bank dalam akaun Tone Excel atau Tone Plus mereka setiap masa.

Maklumat pewaris amat penting kerana apabila berlaku kematian ahli, maka waris dengan mudah boleh mengambil alih pendapatan yang sebelum ini diterima oleh ahli.

Bagi maklumat bank pula, ramai ahli yang tidak meletakkan maklumat akaun bank mereka dengan sempurna menyebabkan komisyen bulanan tidak dapat dikreditkan ke akaun bank mereka setiap bulan. Jika anda tidak menerima komisyen, maklumat ini patut di perhatikan agar ia sentiasa dikemaskini.

Cara untuk mengemaskini kedua-dua maklumat ini adalah dengan cara Login masuk ke akaun Tone Excel atau Tone Plus anda melalui menu User Login yang terdapat di muka depan laman web www.toneexcel.com (Tone Excel) atau www.toneplus.com.my (TonePlus). Sila login masuk menggunakan Login ID dan password anda.

Apabila anda telah berjaya masuk, sila klik menu Member Care seperti yang terdapat dalam gambar dibawah.

UpdateAkaun

Seterusnya, anda perlu klik menu My Profile seperti di bulatan gambar bawah ini.

UpdateAkaun2

Di bahagian My Profile, di sebelah bawah Account Information, anda boleh melakukan kedua-dua kemaskini maklumat tersebut. Katakan anda ingin kemaskini maklumat waris, maka isikan semua maklumat yang terdapat dalam kotak merah di bawah:

UpdateWaris

Isikan maklumat Salutation sebagai Mr, Ms dsbnya, maklumat nama pertama di Name, dan nama bapa di Last Name.  Maklumat Type adalah maklumat pengenalan diri pewaris samada IC, passport dsbnya. Manakala ID No adalah nombor maklumat pengenalan seperti No IC, nombor passport dsnya. Akhir sekali, hubungan pewaris dengan ahli seperti Anak, Ayah, Ibu dsbnya perlu diletakkan di kotak Relationship.

Setelah itu, sila klik kotak Save untuk mengesahkannya dan ia akan menghantar maklumat tersebut ke sistem keahlian syarikat. Selesai.

Jika anda ingin kemaskini maklumat akaun bank pula, sila isikan maklumat Bank Account Information yang terdapat di sebelah kanan menu My Profile ini seperti gambaran dalam kotak merah di bawah:

UpdateBank

 

Isikan maklumat Bank Account Number sebagai nombor akaun bank anda. Sementara Bank Account Name adalah nama penuh tuanpunya akaun bank tersebut.  Seterusnya isikan atau pilih Bank Name iaitu Nama Bank akaun tersebut. Akhir sekali, isikan Branch atau Cawangan akaun bank tersebut. Jika anda terlupa maklumat cawangan (branch) bank tersebut, ia boleh dikosongkan sahaja.

Setelah itu, sila klik kotak Save untuk mengesahkannya dan ia akan menghantar maklumat tersebut ke sistem keahlian syarikat.

Peringatan, Jika anda menggunakan akaun bank pihak ketiga yang bukan penamanya ahli pengguna sendiri, maka ahli perlu mengisikan dan menandatangani Borang Third Party Account  dan dihantar ke Ibu Pejabat. Satu salinan IC/pasport ahli dan IC/passport pihak ketiga juga perlu dilampirkan. Ini bagi memastikan ahli sendiri memberikan kebenaran kepada syarikat untuk menghantar komisyen bulanan ke akaun bank pihak ke 3 tersebut. Tanpa surat kebenaran  Borang Third Party Account ini, pihak syarikat tidak akan menghantar komisyen tersebut.

Selesai. Anda kini boleh tidor lena…🙂

About Kamaruzaman Zainal (KZ)

Kamaruzaman Zainal (KZ), B. Mgt (USM). Managing Own Network Marketing Business. Member of Tone Group : Service Center of TONE EXCEL and Premium Branch of TONE PLUS. Founder of MyTonePlus.com.
This entry was posted in Kemaskini Akaun Bank, Kemaskini Maklumat Waris and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s