Testimoni Pendapatan ADMIN

Ramai yang telah meminta saya untuk menulis tentang testimoni pendapatan peribadi sepanjang penglibatan dalam program “Komuniti Mudah Alih WOW” yang dianjurkan oleh syarikat Tone Group. Pada mulanya saya amat keberatan kerana bagi saya pendapatan merupakan hal peribadi. Tetapi, oleh kerana terdapat sebilangan yang mempertikaikan tentang kejayaan program telah menyebabkan saya mula melihat keperluan membantu rakan-rakan seperjuangan mempromosi program ini. Maka, saya fikir ini masa yang sesuai kerana program terbaru Tone Group iaitu Tone Plus telah pun genap 2 tahun berada di pasaran.

Saya mula menyertai program yang dianjurkan oleh syarikat Tone Group pada April 2011 melalui program pertamanya iaitu Tone Excel (No Ahli: 037914).

Apabila syarikat memperkenalkan program keduanya iaitu Tone Plus pada Ogos 2012, saya juga turut tidak ketinggalan melibatkan diri menyertai dan mempromosi program ini (No Ahli: TPA000006).

logotetpMemanglah susah pada awalnya untuk mempromosi kedua-dua program. Tone Excel pada ketika saya menjadi ahli, tidak lah di kenali ramai. Saya ahli yang ke 37,914. Pada ketika itu, banyak suara sinis yang saya terima. Tahan ajelah. Dalam masa saya mula mengorak langkah mempromosi Tone Excel, tiba-tiba 1 tahun kemudian muncul pula Tone Plus dan saya ‘terpaksa’ jadi ahli yang ke 00006. Memang berserabut kepala saya, program mana yang nak dikejar?

Ahli-ahli saya di Tone Excel mula merungut apabila Tone Plus dilancarkan. Ada yang hilang semangat. Leader-leader di Tone Excel pun ramai yang berpecah. Sementara itu, pengarah-pengarah di Tone Group pula asyik berkata ‘Satu poket kanan’ dan ‘Satu lagi poket kiri’ ke telinga saya. Dalam keadaan pening lalat tak mahu mengecilkan hati sesiapa, saya akhirnya berserah, buat sahaja lah kedua-duanya.

Alhamdulillah, berkat menyertai dan mempromosi kedua-dua program ini secara terus menerus, saya telah mula menikmati pendapatan 5 angka sejak November 2013.

Saya amat-amat-amat berpuashati dengan pulangan yang diperolehi jika dibandingkan dengan pelaburan RM80 bagi Tone Excel dan Rm80 lagi untuk Tone Plus yang telah saya lakukan (Total harga lama RM160). Terus terang saya katakan, secara keseluruhan selama membina perniagaan ini, saya telah pun menikmati pendapatan terkumpul berjumlah lebih RM300,000. Apa lagi yang saya mahu? Alhamdulillah dan terima kasih sangat.

Kini, pendapatan saya melalui kedua-dua program Tone Excel dan Tone Plus ini telah mencapai lebih RM20,000 setiap bulan. Paling seronok, setiap bulan pendapatan itu akan meningkat. Ini bermakna, lebih lama saya mengusahakannya, lebih bertambah banyak lah pendapatan setiap bulan. 🙂 

488081_296981180427727_1831575302_nBagi anda yang ingin menjana pendapatan, saya syorkan agar anda segera mendaftar sekurang-kurangnya 1 akaun samada Tone Excel atau Tone Plus. Kalau nak buat kedua-dua pun boleh, tapi memang susah nak buat kedua-dua serentak. Macam saya, ada sahaja yang ketinggalan. Fokus Tone Excel, tertinggal Tone Plus, fokus Tone Plus tertinggal Tone Excel. Nak buat macamana? Berserah sahaja lah… buat sahaja mana yang mampu🙂

Berikut adalah contoh pendapatan Komisyen Top Up yang telah saya perolehi dengan hanya satu (1) akaun talian di Tone Plus sejak ia dilancarkan. Saya menunjukkan contoh ini kerana program ini telah genap 2 tahun saya sertai.

Pendapatan di bawah tidaklah sebanyak dibandingkan dengan sifu-sifu lain dan ada juga ahli-ahli lain yang lebih hebat pendapatannya. Tetapi sekurang-kurangnya, ia menunjukkan bahawa jika anda memilih program syarikat yang betul, berusaha dan fokus terhadap apa yang anda lakukan, insyaallah titik peluh anda akan berbalas akhirnya.

Testimoni Sheet1

Jika anda perhatikan senario pendapatan bulanan saya seperti diatas, anda akan dapat lihat bahawa bisnes ini adalah satu perjalanan. Sebagai permulaan, memanglah pendapatannya kecil tetapi terdapat peningkatan demi peningkatan apabila anda mengusahakannya secara konsisten. Perlu diingatkan bahawa program Tone Plus ini baru genap 2 tahun dilancarkan dan mempunyai hanya 43,000 ahli sahaja. Ia masih belum meluas lagi kerana pasaran pengguna prepaid di Malaysia adalah 33 juta (Info SKMM 2012).

Masalah pun bukan sedikit memandangkan program-program ini bermula dari kosong. Pihak syarikat memerlukan masa untuk stabil. Tetapi, jika nak tunggu segalanya sempurna, mungkin makan masa. Jadi, sebelum terlewat biarlah kita bersabar melalui masalahnya dahulu. Saya juga punya keyakinan terhadap kemampuan pihak syarikat untuk mengatasi permasalahan program. Bagi saya, bisnes ini adalah mudah kerana ia hanya memerlukan kekuatan mental untuk mencapai pendapatan ini.

‘Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit’ menjadi pegangan saya. Walau pun saya bukan ‘sifu besar’ dalam dunia pemasaran ‘Online’ (hanya tahu asas bisnes online sahaja), dan saya juga tidak berpengalaman luas dalam menjana pendapatan secara ‘Offline’ (tiada network kukuh), tetapi saya belajar, berusaha, buat sedikit demi sedikit dan akhirnya kesabaran saya telah terbukti berbaloi.

duplikasiSaya memberikan kredit kepada Program Tone Plus kerana ia mempunyai keunikan dan kepantasan menjana pendapatan melalui sistem auto network ‘Reverse 2 Up’ yang dikendalikan oleh syarikat. Program ini juga bersifat umum tanpa memerlukan ahli mempunyai ikatan kumpulan dan lebih condong kepada bisnes konvensional.

Akhir kata, buat lah mana-mana program yang anda suka. Jika anda fokus belajar, berusaha dan bersabar, insyaallah kejayaan akan bersama anda. Pada ketika itu, anda akan terpaksa terima duit beribu-ribu setiap bulan.🙂

Berikut adalah laman-laman web promosi yang dikendalikan oleh saya, Anda boleh mempelajari lebih mendalam tentang kedua-dua program yang dianjurkan oleh syarikat Tone Group melalui laman-laman web promosi ini:

Program Tone Excel : www.wowfreecall.com (Maaf, banyak yang belum update :))

Program Tone Plus : www.mytoneplus.com

About Kamaruzaman Zainal (KZ)

Kamaruzaman Zainal (KZ), B. Mgt (USM). Managing Own Network Marketing Business. Member of Tone Group : Service Center of TONE EXCEL and Premium Branch of TONE PLUS. Founder of MyTonePlus.com.
This entry was posted in MANFAAT-MANFAAT, PELUANG BUAT DUIT!, Program Tone Excel, Program Tone Plus, TESTIMONI and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

4 Responses to Testimoni Pendapatan ADMIN

  1. Mat Ariff bin Mohd Jaffar says:

    Saya bermula dengan Tone Excel No. Ahli : 189866. Setelah 2 bulan lebih saya menyertai Tone Excel, saya telah berjaya mencapai tahap Service Center (SC).

    Ketika saya sedang bersemangat & bekerja keras untuk membesarkan kumpulan saya, saya didatangi salah seorang daripada ahli memperkenalkan kepada saya satu lagi program Tone Plus. Pada mulanya saya dengar sambil lewa sahaja kerana pada mulanya saya fikir adalah agak sukar untuk buat kedua dua program dalam satu masa.

    Tetapi saya juga terfikir kenapa orang itu, maksud saya penaja saya dalam Tone Plus juga sebagai ahli Tone Excel, buat kedua dua program serentak. Saya mula mengambil tahu apa sebenarnya kebaikan atau kelebihan yang ada dalam Tone Plus dibandingkan dengan Tone Excel.

    Setelah saya memahami Marketing Plan bagi kedua dua program TE & TP, saya pun buat beberapa senarai perbandingan antara TE & TP. Diantaranya :-

    1) Bonus Fast Track RM 20

    TE – Akan dibayar kedalam akaun pada bulan berikutnya dan dikenakan transaction charge RM 3.
    TP – Dibayar terus kepada anda daripada hasil menaja seorang ahli baru kerana setelah menjadi ahli, untuk membeli Simkad setetusnya adalah RM 70 sahaja. Apabila saya menjual/menaja seorang ahli baru RM 90, maka lebihan RM 20 itu saya terus dapat daripada ahli baru tersebut dan tak perlu bayar transaction charge RM 3.

    2) Urusan pendaftaran lebih pantas :

    TE – Dengan menghantar SMS dan terpaksa tunggu beberapa jam ( pernah sehingga keesokan hari ) baru dapat no. ahli & No Tel. Ini kadang-kadang membuatkan ahli baru fade up. Dan ini juga mengambil masa yang agak lama untuk mendaftarkan ramai ahli baru serentak. Contohnya seorang ahli baru A hendak menaja B, A terpaksa menunggu no. ahlinya terlebih dahulu, barulah ia boleh menaja B dan B juga terpaksa menunggu no.ahlinya untuk menaja C dan begitulah seterusnya.

    TP – Ahli baru tak perlu menunggu lama kerana pendaftaran boleh dibuat terus secara on line ( dealer.tunetalk.com ). Ini membolehkan ahli baru mendapatkan no. Ahli & No Tel dengan lebih cepat ( sebelum system di upgrade kan seperti sekarang ).

    3) Komisyen Bonus

    TE – Bayaran mengikut level
    Level 1 – ( 6% ~ 10% )
    bulanan top up ( RM 30 ~RM 60 )
    Level 2 – 3% ( min top up RM 30 )
    Level 3 – ( 11% ~ 13% )
    bulanan top up ( RM 30 ~ RM 60 )

    TP – Menaja 1 ~ 3 orang ( 3% )
    Setelah menaja 4 orang – 13% infiniti
    ( Minimum top up RM 50 termasuk insuran )

    * Katakanlah seseorang itu menaja sendiri seramai 120 selama setahun ( 10 orang sebulan ) & setiap orang top up RM60 sebulan, pendapatan ketika itu :
    Komisyen TE = 120 x 60 x 10% = RM 720
    Komisyen TP = 120 x 60 x 13% = RM 936

    ** Kelebihan yang amat ketara dalam TP :
    Walau pun 2 orang daripada 4 orang tajaan pertamanya terpaksa dibahagikan kepada up line ( dipilih oleh system secara rawak ), tetapi apabila setiap orang dibawahnya berjaya menaja 4 orang, system juga akan memilih 2 orang daripadanya untuk dibahagikan kepada uplinenya. Ini bermakna, sekiranya seseorang itu berjaya menaja 10 orang baru dan setiap tajaannya berjaya menaja 4 orang, maka dia akan memperolehi rangkaiannya seramai 10 orang ( tajaan sendiri ) + 20 orang ( dibahagi oleh system secara rawak ), maka jumlah rangkaiannya menjadi 30 orang. Katakanlah setiap orang buat minimum top up RM 50,

    Bonus yang akan diperolehi :
    30 org x RM 50 x 13% = RM 195

    *** Kita ambil contoh yang diatas tadi ,

    Selama setahun anda menaja sendiri
    120 orang ( purata 10 orang sebulan ),
    Jumlah rangkaian anda = 120 orang ( tajaan sendiri ) + 240 orang ( system bahagi 2 orang daripada setiap 120 orang yang menaja 4 orang ) = 360 orang ( jumlah rangkaian anda )
    Potensi pendapatan anda ketika itu :
    360 x 50 x 13% = RM 2340
    Berbaloi tak ?

    Saya harap anda faham kenapa saya bertukar dari TE ke TP.
    Tetapi saya masih lagi menjadi ahli TE
    kerana masih ada lagi rangkaian saya dalam TE yang saya bina sebelum saya beralih ke TP.

    ERTI KATA LAIN, SAYA BUAT KEDUA DUA PROGRAM TE & TP. ITULAH YANG SEBAIK-BAIKNYA. TAK PERLU BERGADUH SESAMA SENDIRI ( TP POKIT KANAN, TE POKIT KIRI )

    ## Perbandingan ini hanya untuk Pengedar biasa sahaja tidak termasuk kelebihan lain sebagai stokis ##

  2. Zaifullah says:

    Apa maksud sign up di dalam pb tgms?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s