Transformasi Program Tone Plus

Salam semua…

4Pada mereka yang yang tidak mahu ambil tahu, sila perhatikan apa yang sedang ditawarkan oleh program Tone Plus ini. Anda mungkin terlepas peluang besar ini kerana terlalu ikutkan kata orang lain yang tidak pernah ambil tahu atau tidak mahu ambil tahu tentang program ini.

Sejak Tone Plus dilancarkan pada Oktober 2012, telah terlalu banyak transformasi yang berlaku dalam sistem imbuhan pembayaran Tone Plus. Sepanjang 2 tahun ini, dari masa ke semasa sistem pembayaran Tone Plus telah di perbaiki oleh pihak Tone Group bagi meningkatkan lagi tarikannya. Penambahbaikan ini telah menjadikan sistem imbuhan Tone Plus lebih lumayan dan mesra pengguna.

Pada mereka ahli-ahli yang telah masuk awal pada 2012 sehingga kini, perhatikan perbezaan-perbezaan ini. Ini kerana ramai yang tidak perasan akan perubahan ini dan ada juga ahli Tone Group yang terkeliru dan masih lagi mendapat maklumat yang telah lama dan silap tentang sistem Tone Plus ini. Saya sangat terkejut dengan banyak maklum balas yang tidak tepat terhadap program Tone Plus seperti yang diberitahu kepada saya.

Ada kemungkinan maklumat-maklumat silap ini datangnya dari bahan bercetak lama atau bahan internet lama yang masih terdapat dalam internet. Ada juga ahli-ahli lama yang tidak menyedari perubahan ini telah tidak lagi aktif dan masih menyangka maklumat-maklumat lama itu masih digunapakai menyebabkan mereka memberikan maklumat yang sama sekali bercanggah.

Di bawah ini saya catitkan perubahan-perubahan yang telah berlaku supaya anda tidak terkeliru.

1. Dahulu: Anda hilang downline jika tidak menaja 4 orang dalam sebulan.

Terkini: Anda tidak hilang downline lagi jika tidak menaja 4 orang dalam sebulan. Sebaliknya anda dibenarkan untuk menaja 4 orang tersebut mengikut masa anda sendiri. Setelah itu, akaun anda akan dinaikkan taraf menjadi 13% komisen Top Up.

Walaubagaimanapun, jika ahli anda terlebih dahulu mendapat 4 orang, maka anda berpotensi untuk hilang 2 orang yang dikongsikan oleh beliau jika anda tidak mempunyai 4 orang dalam sebulan. Perhatikan perbezaan besar ini! Jangan terkeliru!

2. Dahulu: Anda tidak menerima apa-apa komisen (0%) terhadap 2 ahli yang di sedekahkan kepada penaja.

Kemudian, syarikat mengubahnya kepada 5% tetapi seterusnya syarikat meningkatnya lagi seperti berikut di bawah.

Terkini:ย Syarikat telah bermurah hati menukarkannya kepada konsep kongsi 2 ahli tersebut dimana anda masih menerima 13% dari hasil Top Up 2 ahli yang telah dikongsikan (dahulu saya sebut sedekah). Penaja anda juga tetap terima 13%. Jadi, syarikat bermurah hati membayar sejumlah 26% komisen Top Up.

3. Dahulu: Syarikat tidak membenarkan anda menaja terus (direct) ahli ke 5 dan seterusnya, selagi 4 ahli anda masih aktif.

Syarikat hanya benarkan penggantian ahli yang talian nya telah tidak aktif dalam 4 orang ahli pengguna pertama itu sahaja. Satu ahli tidak aktif hanya boleh diganti dengan satu ahli juga.

Terkini : Penggantian seperti diatas tiada lagi. Anda boleh terus menaja ahli ke 5, 6, 7, 8 sehingga infiniti dan dapat komisen Top Up 13%.

4. Dahulu: Pada awalnya, tiada komisen kepada Service Center (SC), Premium Service Center (PSC) dan Branch (Branch).

Kemudian di ubah kepada 1% kepada Service Center, 1.5% kepada Premium Service Center dan 2.5% untuk Branch.

Seterusnya, berlaku perubahan lagi dan wujudnya stokis Premium Branch. Struktur royalti terhadap sim kad pula adalah 1% kepada Service Center, 1.5% kepada Premium Service Center dan 2.5% untuk Branch dan 3.5% untuk Premium Branch.

Terkini:ย Disember 2013, ia berubah sekali lagi dengan lebih baik dengan struktur terbaru iaitu Royalti 1% kepada SC, 2.5% kepada PSC, 3.5% ย kepada Branch dan 5% kepada Premium Branch. Woww… ini yang paling syokk..๐Ÿ™‚

5. Dahulu:ย Sistem keahlian terdahulu mempunyai banyak kekurangan sehingga syarikat buat keputusan untuk menaikkan taraf (upgrade) sistem tersebut pada Jun 2014. Banyak kesukaran yang di alami sewaktu sistem keahlian lama ini beroperasi menyebabkan ramai yang meninggalkan program ini.

Terkini:ย ย Akhirnya, sistem keahlian terbaru yang dilancarkan pada pada Jun 2014 lebih efisyen. Ia semakin mudah dan cepat. Saya orang paling gembira pada waktu ia dilancarkan.๐Ÿ™‚

Pada pendapat saya yang menyertai Tone Plus sejak hari pertama, kelima-lima perkara di atas adalah perubahan besar yang berlaku dalam sistem imbuhan Tone Plus sejak dilancarkan. Proses transformasi ini telah menjadikan program Tone Plus lebih menarik dan lebih lumayan. Pendapatan saya juga berubah lebih mantap setiap kali transformasi ini berlaku.

Alhamdulillah, pihak syarikat amat prihatin terhadap program Tone Plus dan sentiasa melakukan perubahan ke arah kebaikan. Pada mereka yang yang tidak mahu ambil tahu, sila perhatikan apa yang sedang ditawarkan oleh program Tone Plus ini. Anda mungkin terlepas peluang besar ini kerana terlalu ikutkan kata orang lain yang tidak pernah tahu atau tidak mahu ambil tahu tentang program ini.

Perhatikan sahaja kenaikan bilangan keahlian Tone Plus sejak awal tahun. Ini meningkat setiap kali perubahan bertambah baik seperti di atas berlaku.

Untuk dapat maklumat lanjut dan terkini, tanya pada mereka ahli Tone Plus yang sedang aktif kerana hanya mereka sahaja yang lebih tahu. ย :)

About Kamaruzaman Zainal (KZ)

Kamaruzaman Zainal (KZ), B. Mgt (USM). Managing Own Network Marketing Business. Member of Tone Group : Service Center of TONE EXCEL and Premium Branch of TONE PLUS. Founder of MyTonePlus.com.
This entry was posted in Program Tone Plus and tagged , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s