Tone Plus: Daftar Cara Online

Untuk menjadi ahli pengguna Tone Plus, kaedah paling pantas adalah dengan cara mendaftar keahlian melalui online. Ia boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja yang telah menjadi ahli Tone Plus. Kaedah menaja dengan mendaftar secara online ini amat mudah dilakukan dan hanya mengambil masa kira-kira 5 – 10 minit sahaja.

Melalui laman web rasmi syarikat, ahli Tone Plus yang bertindak sebagai Penaja boleh menaja dengan mendaftar Ahli Pengguna Terus (Direct Sponsor) mereka dalam rangkaiannya sahaja. Syaratnya sekeping Sim Kad Tone Plus perlu ada di tangan.

Berikut langkah-langkah untuk melakukan pendaftaran ahli pengguna baru Tone Plus secara online oleh anda selaku PENAJA (Upline).

1. Login ke akaun Tone Plus di website http://www.toneplus.my seperti di bawah

2. Sila login ke akaun ahli peribadi anda dengan cara klik “USER LOGIN” (kotak merah dibawah).

3.    Paparan di bawah akan keluar.

                 

Sila isi Username : No IC/Pasport/IC Tentera/IC Polis anda
Sila isi Password : 1234 (sementara jika belum ditukarkan)

Jika anda gagal untuk LOGIN masuk setelah beberapa cubaan, sila hubungi PENAJA anda untuk memastikan beliau telah mendaftarkan anda sebagai ahli.

Jika ada masalah untuk LOGIN masuk kerana terlupa password, sila klik ‘Lost your password?’ dan isikan maklumat diminta. Password baru akan dihantar ke talian talipon Tone Plus anda.

4.    Setelah berjaya masuk ke akaun ahli anda. Sila tukar password anda sebagai langkah keselamatan.

                      

Enter Current Password : Masukkan password sementara 1234
Enter New Password : Masukkan password baru anda sendiri
Confirm New Password : Taipkan sekali lagi password baru anda tersebut.

Klik button UPDATE 

5.    Setelah berjaya masuk ke akaun ahli anda, paparan berikut akan kelihatan:

     

6. Untuk mendaftarkan ahli pengguna baru, sila klik icon ‘Registration’ seperti dalam bulatan merah di atas.

Paparan dibawah akan kelihatan:

          

7.    Seterusnya, sila isikan maklumat ahli pengguna baru anda seperti berikut:

Di ruangan ‘Member Information’:

  7.1 * Type : Isikan dokumen samada MyCard (IC) atau Passport dan sebagainya.

  7.2 * ID: Isikan nombor MyCard atau passpot dan sebagainya.

Setelah isi nombor tersebut, anda boleh menekan kotak ‘Check’ untuk melihat samada ahli baru yang anda sedang daftarkan adalah ahli baru (new member) atau seorang ahli lama tetapi mendaftar akaun baru (new account)

  7.3 * Salutation : Isikan gelaran Mr. Ms, Mrs dan sebagainya

  7.4 * First Name: Isikan nama pertama pengguna baru.

  7.5 * Last Name/Surname: Isikan nama kedua (nama keluarga atau nama ayah)

  7.6 * Nationality: Isikan warganegara ahli baru tersebut.

  7.7 * Race : Isikan bangsa.

  7.8 * Sex: Isikan jantina.

  7.9 * Date Of Birth: Isikan tarikh lahir ahli baru tersebut.

  7.10 * Race : Isikan bangsa.

  7.11 * Sex: Isikan jantina.

  7.12 * Address: Isikan alamat ahli baru tersebut.

  7.13 * Postcode : Isikan poskod alamat tersebut.

  7.14 * Pekan : Isikan pekan poskod tersebut.

  7.15 * Negeri: Isikan negeri pekan tersebut.

 7.16 * Email: Isikan email ahli baru, Jika tiada, sila isikan email penaja. Ini bagi memudahkan ahli baru mendapat password ‘Self Care’ mereka.

Seterusnya, sila isikan Maklumat Akaun (Account Information) pengguna baru anda seperti berikut:

AccountInfo

8. Di ruangan ‘Mobile Service Information’:

  8.1 * SIM Serial No. : Isikan nombor siri 8 digit terakhir Sim Kad ahli pengguna baru anda. Ia bermula dengan 850XXXXX.

  8.2 * SIM PUK : Isikan nombor PUK  Sim Kad ahli pengguna baru anda.

(Catitan: Kedua nombor SIM dan PUK ini terdapat di belakang Sim Kad seperti tertera S/N dan PUK)

9. Di ruangan ‘For MNP Port In Only (Optional)’:

Ruangan ini adalah untuk ahli yang ingin mendaftar itu mengekalkan nombor lamanya. Ia adalah satu option pilihan pengguna tersebut. Boleh ditinggalkan jika tidak mahu mengekalkan nombor lama pada masa ini. Ia boleh dilakukan pada masa hadapan dengan cara menghubungi Stokis Service Center, Premium Service Center atau Branch.

  9.1 * Mobile Number (For Mobile Number Port In): Jika anda ingin mengekalkan nombor lama (sedia ada) ke Sim Kad Tone Plus, sila isikan nombor talian lama tersebut. Jika tidak mahu kekalkan nombor lama, sila tinggalkan ruangan ini.

  9.2 * Current Service Provider: Maklumat pembekal perkhidmatan talian nombor lama (sedia ada) yang ingin dikekalkan. Jika tidak mahu kekalkan nombor lama, sila tinggalkan ruangan ini.

10. Di ruangan ‘Referral Information’:

* Referral Member ID : Isikan nombor keahlian Penaja (Upline) kepada pengguna baru ini. Jika anda adalah Penajanya, sila masukkan nombor keahlian anda. Setelah itu pastikan nama Penaja tersebut adalah betul dengan menekan kotak ‘Check’.

Anda tidak boleh mendaftarkan keahlian pengguna baru kepada nama penaja ahli yang lain dalam sistem keahlian anda ini. Ia hanya untuk pengguna baru ahli tajaan anda sahaja.

Penajaan kepada ahli penaja lain-lain hanya boleh di lakukan oleh Service Center, Premium Service Center dan Branch.

11. Di ruangan ‘Beneficiary Information’:

Ruangan ini adalah untuk maklumat waris ahli pengguna baru tersebut. Ia boleh ditinggalkan dan boleh di kemaskini kemudian oleh ahli tersebut sendiri di dalam akaun nya kelak.

  11.1 * Salutation : Isikan gelaran Mr.,  Ms., waris tersebut.

  11.2 * Name: Isikan nama pertama waris pengguna baru.

  11.3 * Last Name: Isikan nama kedua waris (nama keluarga atau nama ayah)

  11.4 * Type : Isikan dokumen waris samada MyCard (IC) atau Passport.

  11.5 * ID: Isikan nombor MyCard atau passpot waris.

 11.6 * Relationship: Isikan hubungan waris dengan ahli samada anak, isteri dan sebagainya.

12. Di ruangan ‘Bank Account Information’:

Ruangan ini adalah untuk maklumat bank ahli baru tersebut. Ia adalah bagi kemasukkan komisyen bulanan. Ia boleh ditinggalkan dan boleh di kemaskini kemudian oleh ahli tersebut sendiri di dalam akaun nya kelak.

  12.1 * Bank account number : Isikan nombor akaun bank ahli pengguna baru.
  12.2 * Bank account name: Isikan penama akaun bank tersebut.
  12.3 * Bank name: Isikan nama bank akaun tersebut.
  12.4 * Branch: Isikan cawangan bank akaun tersebut. Ia boleh ditinggalkan.

13. Langkah akhir adalah dengan klik kotak di maklumat ‘I have read, understand and agreed to PDPA, Term Of Service and Disclaimer’ seperti di bawah:

14. Seterusnya sila semak semua maklumat di atas dan segalanya betul, sila klik kotak ‘SUBMIT’.

Tunggu sebentar, sistem akan memberikan anda Nombor Ahli Tone Plus pengguna baru tersebut yang bermula dengan TPA XXXXXX dan nombor talian Tone Plus pengguna baru tersebut.

Isu Penting:

Jika selepas anda mendaftarkan ahli pengguna baru tetapi tidak menerima sebarang maklum balas dari sistem tentang keahlian pengguna baru tersebut maka perhatikan sebarang mesej yang di paparkan oleh sistem. Keadaan seperti di bawah ini boleh berlaku:

a) Sistem memberikan nombor keahlian TPA sahaja tetapi tiada nombor talian.

Ini bermakna keahlian telah didaftarkan tetapi nombor talian belum didaftarkan dengan Tune Talk. Ada kemungkinan sitem Tune Talk sibuk waktu itu, dan sistem akan mendaftarkannya semula secara otomatik. Selepas 2 jam, sila masukkan Sim Kad ke dalam talipon dan cuba buat 1 call untuk mengaktifkan talian tersebut. Jika berjaya sila dail *133# untuk mendapatkan nombornya.

b) Sistem memaklumkan bahawa Sim Kad telah digunakan (already used).

Ini bermakna Sim kad tersebut telah didaftarkan. Ada 2 perkara yang anda boleh lakukan dalam kes ini.

Pertama: Sila masuk semula sistem Registration dan taip IC.pasport pengguna baru tersebut dan klik kotak CHECK. Jika sistem memberikan maklum balas New Account bermakna ahli tersebut telah berjaya di daftarkan. Anda hanya perlu masuk login kedalam akaun keahlian mereka untuk dapatkan nombor ahli atau anda boleh dapatkan nombor ahli dalam senarai ahli pengguna anda. Talian pula boleh di aktifkan 2 jam kemudian untuk mendapatkan nombor talian. Jika tidak berjaya, sila hubungi Ibu Pejabat segera.

NewAccount

Kedua: Jika sistem memberikan maklum balas New Member bermakna ahli tersebut tidak berjaya di daftarkan. Sila buat segala pendaftaran semula.

NewMember

Jika mesej  bahawa Sim Kad telah digunakan (already used) keluar lagi, ada kemungkinan Sim Kad telah digunakan. Sila hubungi Ibu Pejabat segera.

Adalah penting anda menyemak terlebih dahulu sebelum anda menggunakan Sim Kad yang lain untuk mendaftarkan ahli baru tersebut.

c) Sistem tidak memberikan sebarang apa-apa maklum balas.

Anda boleh buat seperti dalam (b) diatas sebelum merujuk ke Ibu Pejabat.

Okay, jika segala-gala telah berjaya, ucapkan tahniah kepada pengguna baru anda dan berikan maklumat berikut agar mereka boleh LOGIN akaun ahli Tone Plus dan mendaftar pengguna baru mereka. Maklumat yang perlu diberikan adalah:

  1. Nombor Ahli Tone Plus : Bermula dengan TPA XXXXXX
2. Nombor Talian Talipon Tone Plus.
3. Username : No IC/Pasport/IC Tentera/IC Polis anda
4. Password : 1234 (sementara, sila tukar kemudian)

Sila ingatkan pengguna baru untuk mengaktifkan talipon Tone Plus serta merta untuk memastikan ianya berfungsi sempurna. Caranya adalah dengan membuat 1 panggilan atau SMS.

Hati-hati.. Talian Tone Plus ini juga akan tamat tempoh jika tidak digunakan dalam masa 2 minggu setelah ia didaftarkan dalam sistem!

PENTING! Komisyen juga tidak dibayar jika talian tidak digunakan!

Selamat Berjaya!

About Kamaruzaman Zainal (KZ)

Kamaruzaman Zainal (KZ), B. Mgt (USM). Managing Own Network Marketing Business. Member of Tone Group : Service Center of TONE EXCEL and Premium Branch of TONE PLUS. Founder of MyTonePlus.com.
This entry was posted in Program Tone Plus and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

6 Responses to Tone Plus: Daftar Cara Online

  1. Brendle says:

    Where do I have these sim(tone plus)

  2. Cllyron Darren says:

    Nama Username dlm toneplus sy salah . Ada cara ke nak ubah ?

  3. mizi says:

    saya nak tanya , saya sudah mendaftar dgn tone excel , sekarang nie saya 2 sim kad atas nama saya .. boleh tak salah satu sim card tue saya nak ubah ke nama orang lain

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s