Cabaran Kekalkan Nombor Lama

Apabila anda sertai program Tone Excel atau Tone Plus, anda memanglah amat digalakkan untuk mengekalkan nombor lama. Ini kerana beberapa sebab di bawah:

1. Anda akan komited dengan program ini kerana menggunakan talian program ini sebagai talian utama setiap hari. Terdapat banyak kes dimana ahli terlupa Top Up dan ahli peserta tersebut akan terkeluar dari program ini secara otomatik.

2. Akan memudahkan urusan harian anda agar tidak terganggu apabila rakan2 anda masih boleh menghubungi anda dengan nombor talian yang sama.

3. Anda tidak payah pakai banyak nombor.

4. Anda tidak perlu beli handphone baru.

5. Tune Talk amat suka anda kekalkan nombor lama kerana bertambah lah pelanggannya.

Jadi, siapa yang tak suka? Hanya pembekal talian lama anda lah yang tak seronok kerana mereka akan hilang pelanggan.

Tetapi, mengikut perjanjian antara semua syarikat gergasi telekomunikasi terkemuka di Malaysia, mereka telah bersetuju untuk membenarkan pelanggannya untuk mengekalkan nombor apabila pelanggan tersebut memilih talian syarikat lain. Ini adalah persetujuan yang telah disahkan oleh badan kerajaan iaitu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

Maka, beberapa peraturan telah ditetapkan agar anda mengikut prosedur bagi memudahkan proses kekal nombor ini berjalan lancar.

Gambar illustrator dibawah menunjukkan perjalanan proses pengekalan nombor ini yang di kenali sebagai proses ‘Port-In’ atau MNP (Mobile Number Portability).

Proses ‘Port-In’ biasanya akan mengambil masa 48 jam sehingga 7 hari dan mungkin lebih, mengikut keadaan dan jika terdapat masalah teknikal.

Proses

Pertamanya, anda perlu memohon agar pembekal talian sedia ada membenarkan anda membawa nombor itu ke pembekal talian yang baru. Katakan anda guna MAXIS, CELCOM, DIGI dan sebagainya. Maka anda perlu minta pelepasan dari mereka agar nombor itu boleh digunakan oleh anda dalam program Tone Excel dan Tone Plus ini yang mana pembekal taliannya adalah TUNE TALK.

Okay, bila anda nak kekalkan nombor lama, maka ANDA atau PENAJA ANDA akan meminta kepada TUNE TALK untuk MEMOHON kepada talian lama anda (MAXIS, DIGI dan sebagainya) agar mereka boleh melepaskan nombor tersebut kepada anda untuk digunakan oleh talian TUNE TALK (program Tone Excel atau Tone Plus).

Proses ini akan melalui sistem CELCOM (Tune Talk menggunakan prasarana CELCOM) sebelum di hantar ke SKMM (Clearing House) dan akhirnya ke pembekal talian handphone sedia ada anda. Jika mereka luluskan atau tidak, pihak pembekal talian sedia ada akan memaklumkan ke SKMM (Clearing House) semula sebelum jawapan diterima oleh anda.

Kelulusan permintaan ini bukan ditangan TUNE TALK. Ia bergantung kepada kelulusan syarikat telekomunikasi sedia ada anda samada DIGI, MAXIS dsbnya. Ini kerana nombor tersebut adalah kepunyaan mereka.

Perlu diingat, TUNE TALK tiada kuasa dalam hal ini. TUNE TALK hanya boleh memohon bagi pihak anda tetapi kelulusan ditangan Telco talian lama anda,

Permohonan anda boleh di tolak kerana masalah ini:

1. Nama yang didaftarkan di talian lama berbeza dengan nama yang anda daftarkan dalam Tune Talk. Banyak sangat kes macam ini kerana pengguna dah lupa siapa tuanpunya sebenar taliannya kerana telah guna bertahun-tahun. Masa beli dulu mungkin guna nama orang lain… REJECTED.

2. No kad pengenalan atau passpot di talian lama (MAXISm DIGI CELCOM dsbnya) berbeza dengan no kad pengenalan atau passport yg didaftarkan di Tune Talk (program Tone Plus). Contohnya, silap 1 angka dalam nombor tersebut.. Reject. Talian lama guna kad tentera di sini guna IC awam… REJECTED.

3. Jika anda guna Post Paid, sila bayar dulu bill yang tertunggak. Bagi kosong jumlah bill terlebih dahulu. Jika tidak, talian lama tak akan lepaskan kerana anda dikira masih berhutang dengannya… REJECTED.

4. Jika talian lama anda adalah talian berbentuk kontrak dan tempoh kontrak belum tamat maka telco lama tak akan lepaskan talian anda…. REJECTED.

5. Jika talian anda adalah talian sampingan (supplementary) yang diberikan melalui akaun utama yang lain, maka sekali lagi Telco tersebut tak akan benarkan….. REJECTED.

6. Apabila anda buat permohonan, pastikan sim kad Tune Talk (Tone Plus) telah diaktifkan dengan buat 1 panggilan atau 1 SMS. Jika tidak aktif…. REJECTED.

7. Jika talian lama anda adalah prepaid, perlu tinggalkan balance kredit RM2 dalam nombor lama sewaktu proses PORT IN berlangsung. Ini untuk memastikan talian lama anda adalah aktif.

8. Sewaktu proses PORT IN berlangsung, sila β€˜ON’ kan nombor lama sehingga talian lama itu tidak boleh diguna lagi.

CABARAN:

Jika anda menghadapi masalah kekal nombor lama, sila semak perkara berikut ini terlebih dahulu:

1. Semak kedudukan anda seperti di nombor 1 hingga 8 di atas. Mohon jangan marahkan penaja anda kerana dalam banyak kes ia adalah kesilapan seperti diatas.

2. Samada permohonan proses “Port In” ini telah berlaku. Permohonan ini boleh dilakukan oleh anda dengan cara mengikut tatacara SMS atau dilakukan oleh Penaja anda atau melalui stokist berdaftar atau melalui pejabat Tone Excel atau Tone Plus.

3. Jika selepas 7 hari tiada perubahan, sila panggil khidmat pelanggan program Tone Excel atau Tone Plus di 03 2780 3868 dan minta penjelasan kedudukan permohonan. Anda juga boleh menalipon stokis SC, PSC dan Branch berdekatan untuk bantuan.

4. Jika diberitahu permohonan di tolak, sila semak dengan Telco talian lama anda dan tanya mereka mengapa mereka tak melepaskan nombor anda. Kadang-kadang, mereka terlalu sayangkan anda dan tak mahu lepaskan anda, Jika ini berlaku anda boleh menggunakan hak pengguna anda dan minta di lepaskan atau buat laporan ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia.

Berikut adalah senarai kod-kod ‘Port-In’ atau MNP yang ditolak, penjelasan dan cara untuk menyelesaikannya.

Sekiranya permohonan port-in / MNP tiada jawapan atau tidak berjaya selepas 7 hari (seminggu), sila buat semakan dan dapatkan kod tersebut untuk dikenalpasti supaya permohonan baru dibuat semula.

SebabTolak

WAKTU KETIKA MELAKUKAN PROSES PORT IN:

Anda boleh melakukan proses pengekalan nombor ini sewaktu pertama kali anda mendaftar sebagai ahli Tone Plus. Minta penaja atau sesiapa yang mendaftarkan anda untuk melakukannya serentak. Cara SMS pun boleh dilakukan serentak dengan menambah perkara PEMBEKAL TALIAN dan NOMBOR talian yang ingin dikekalkan sebelum perkara NO ID PENAJA (TPA).

Setelah menjadi ahli, jika anda ingin mengekalkan nombor pada kemudian hari, anda boleh juga melakukannya pada bila-bila masa dengan menghubungi Stokis SERVICE CENTER (SC), PREMIUM SERVICE CENTER (PSC) atau BRANCH yang berdekatan untuk mereka melakukannya. Cara SMS pun boleh digunakan.

Β Harap ini boleh membantu anda. Terima Kasih

About Kamaruzaman Zainal (KZ)

Kamaruzaman Zainal (KZ), B. Mgt (USM). Managing Own Network Marketing Business. Member of Tone Group : Service Center of TONE EXCEL and Premium Branch of TONE PLUS. Founder of MyTonePlus.com.
This entry was posted in Kekal Nombor Sedia Ada and tagged , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Cabaran Kekalkan Nombor Lama

  1. Sofia says:

    Kalau mcm ic yg didaftar tune talk dgn ic no. Lama tu lain..hbis tu boleh baiki x?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s