Pelan Imbuhan Tone Plus

4Program Tone Plus telah melakukan satu revolusi terbaru dalam sistem pembayaran insentif program pemasaran rangkaian. Ia menggunakan sistem yang dikenali sebagai sistem “Reverse 2-Up”. Pelan ini adalah mudah dan anda boleh menjana pendapatan luarbiasa lumayan.

Konsep sistem “Reverse 2-Up” pelan Tone Plus memerlukan anda menaja 4 orang pengguna baru sahaja dan 2 daripada pengguna baru tersebut akan dikongsi dengan penaja (upline) anda. Seterusnya, anda akan dibayar komisyen 13% daripada nilai Top Up rakan pengguna dalam barisan kumpulan anda.  Pembayaran komisyen ini adalah pada setiap kali mereka Top Up untuk selama-lamanya. Saya akan terang secara terperinci konsep ini di bahagian 2 di bawah.

Berikut adalah kadar bagi tiga (3) jenis insentif yang akan anda terima:

1. Pendapatan Insentif  BONUS RUJUKAN (FAST TRACK) – RM20

Apabila anda membeli Sim Kad untuk menjadi ahli baru, anda perlu membeli pada harga RM90. Setelah itu, anda boleh membeli stok Sim Kad pada harga RM70. Stok Sim Kad ini boleh digunakan untuk menaja pengguna baru anda. Apabila anda menaja, harga penjualan sim kad tersebut adalah pada nilai RM90.00. Anda akan mendapat keuntungan insentif RM20.00 secara tunai.

2. Pendapatan Insentif KOMISYEN TOP UP – 3% atau 13%

Memahami sistem pembayaran komisyen 3% atau 13% daripada nilai Top Up rakan dalam kumpulan anda agak mengelirukan jika anda tidak dapat memahami secara tepat. Persoalannya adalah siapa ahli kumpulan anda?

Okay, perhatikan dulu asas sistem “reverse 2-up”  – Anda perlu menaja 4 pengguna dan 2 dihantar kepada Penaja. Semua ahli melakukan proses ini.

Diawal perjalanan menaja rakan-rakan, jika anda mempunyai 1, 2 dan 3 ahli pengguna, setiap kali mereka Top Up, anda hanya menerima 3% sahaja komisyen hasil Top Up mereka. Ini adalah kerana anda belum melakukan proses ‘reverse 2-up’ iaitu mesti mempunyai 4 ahli pengguna baru. Selagi belum mencapai 4 orang maka komisyen Top Up adalah 3% sahaja.

Katakan anda telah menaja pengguna ke 4, seterusnya secara otomatik sistem akan menghantar 2 orang kepada penaja anda. Walaubagaimanapun, setiap kali 2 orang pengguna yang anda hantar kepada Penaja ini melakukan Top Up, anda akan tetap menerima 13%. Anda tidak boleh memilih siapa yang akan dihantar kepada penaja.

Kini, anda tinggal hanya 2 pengguna sahaja yang ditaja terus. Katakan 2 pengguna tajaan terus tersebut adalah A dan B. Okay, komisyen Top Up 13% kini bermula. Anda akan dibayar sebanyak 13% hasil Top Up A dan B. Seterusnya, kedua-dua downline anda A dan B perlu melakukan perkara sama. Mereka akan mendapatkan 4 orang ahli pengguna setiap orang dan mereka akan menghantar 2 kepada penaja iaitu ANDA.

Apabila A dan B telah capai 4  orang pengguna baru, setiap A dan B akan menghantar 2 orang kepada anda lantas anda kini mempunyai 4 orang pengguna baru. Betul tak? A hantar 2 dan B hantar 2 kepada anda. Jadi, jumlahnya 4 pengguna baru dihantar kepada anda. Kini anda mempunyai 6 orang ahli kumpulan iaitu A, B dan 4 orang pengguna baru diterima ini,

Ingat, 4 pengguna baru yang diterima adalah orang baru. Mereka pun mesti buat perkara sama iaitu dapatkan 4 orang dan hantar 2 kepada upline iaitu ANDA. Jika mereka berjaya dapatkan 4 orang, setiap mereka akan menghantar 2 pengguna baru kepada anda menyebabkan anda mendapat 8 orang baru!! Anda nampak?

8 orang pengguna baru yang diterima oleh anda akan terus melakukan perkara sama. Proses ini akan berterusan tanpa henti. Ini yang dikatakan sehingga.. infiniti.

Anda dapat lihat bagaimana kumpulan anda hanya mula dengan 2 ahli sahaja tetapi anda akan menerima 2 orang baru dari setiap mereka pengguna baru yang anda terima. Okay. apabila anda mengira komisyen 13%, ianya adalah dari hasil Top Up dari pengguna yang anda terima dan pengguna yang anda taja (tidak termasuk yang telah dihantar keatas).

Bagaimana pula jika ada ahli kumpulan anda yang tidak aktif?

Okay, sistem membenarkan anda menaja terus ahli baru tanpa had  serta merta walaupun anda telah mempunyai 4 orang pengguna baru tajaan terus. Ini bermakna anda boleh terus menaja orang ke 5, 6, 7 … seterusnya tanpa had. Ini akan mempercepatkan lagi bilangan ahli terus di bawah anda.

Bagi pengguna ke 5, 6 dan seterusnya, anda tidak perlu lagi menghantar sedekah 2 orang kepada Penaja anda. Mereka akan kekal bersama anda. Penghantaran Reverse 2-Up hanya sekali sahaja iaitu pada 4 pengguna pertama anda. 

3. Pendapatan Insentif BONUS TAHUN BARU – 5% hingga 20%

Satu lagi Bonus menarik yang ditawarkan dalam program ini adalah BONUS TAHUN BARU. Bonus ini dibayar antara 5% hingga 20% mengikut kelayakan anda. Kelayakannya mudah. Ia bergantung kepada berapa ramai pengguna baru yang ditaja terus oleh anda secara peribadi dalam sesuatu bulan. Bonus ini diberikan mengikut jumlah pendapatan anda pada bulan tersebut. Cara kiraan adalah seperti berikut:

1. Daftarkan 1 pengguna baru dalam sebulan – Nikmati Bonus 5% dari pendapatan anda pada bulan tersebut.

2. Daftarkan 2 pengguna baru dalam sebulan – Nikmati Bonus 10% dari pendapatan anda pada bulan tersebut.

3. Daftarkan 5 pengguna baru dalam sebulan – Nikmati Bonus 15% dari pendapatan anda pada bulan tersebut.

4. Daftarkan 10 pengguna baru dalam sebulan – Nikmati Bonus 20% dari pendapatan anda pada bulan tersebut.

Bonus ini akan dikira dari bulan ke bulan dalam jangka masa setahun dan jumlah akhirnya akan di bayar ke akaun anda pada 25hb Januari tahun berikutnya sebagai Bonus Tahun Baru.

Pembayaran Komisyen dan Bonus

Bayaran insentif Komisyen 3% atau 13%  akan dilakukan pada setiap 25 haribulan terus ke akaun bank anda dengan syarat bayaran minima RM30.00. Cara kiraan komisyen ini amat mudah. Iaitu, segala Top Up rakan kumpulan anda pada sesuatu bulan dijumlahkan sehingga hujung/akhir sesuatu bulan dan komisyen 3% atau 13% dibayar pada 25 haribulan bulan berikutnya.

Bagi bayaran insentif Bonus Tahun Baru, ia dibayar pada 25 Januari tahun berikutnya.

Anda perlu dikategorikan sebagai ahli pengguna yang telah menaja terus 4 pengguna baru sebelum layak mendapat komisyen.

Maintain bulanan untuk layak komisyen adalah Top Up minima RM30.00 setiap bulan. Ia tak semestinya sekaligus, boleh Top UP sedikit demi sedikit asalkan jumlah sebulan mencapai minima RM20.00

Jika tak maintain beli Top Up RM30.00 sebulan akaun anda tidak akan mati, cuma tak layaklah dapat komisyen dan bonus untuk bulan itu.

Sila lihat persembahan Power Point dibawah untuk keterangan lanjut:

.

(Maklumat dikemaskini sehingga 31 Julai 2014)

3 Responses to Pelan Imbuhan Tone Plus

  1. rengadhar a/l Horia says:

    i have register my name: rengadhar , mykad: 560826055143 my simkad no: 01118540509

  2. Rahni binti Majan says:

    macam mana daftar untuk jadi ahli.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s