FAQ Program

1. Bagaimana nak join program ini?  
Untuk join program ini, anda perlu dapatkan pakej ‘Starter Pack’ bagi mana-mana program yang anda pilih samada Tone Excel atau Tone Plus. Sila pilih salah satu program sahaja kerana 1 nombor MyKad/Passport dibenarkan untuk mendaftar 1 program sahaja untuk sesuatu masa.

2. Bagaimana jika saya telah lama menjadi ahli dan menggunakan salah 1 program tetapi berminat menyertai  program yang lagi 1? 
Seperti dinyatakan anda dibenarkan untuk menyertai 1 program sahaja. Jika anda ingin menukar program, maka akaun keahlian anda di program masa ini perlu telah ditamatkan selama 3 bulan terlebih dahulu sebelum anda dibenarkan memasuki program terbaru.

3. Berapakah bayaran yang dikenakan?  
Yuran keahlian mana-mana program adalah sama iaitu pembelian Pakej Mula (Starter Pack) bernilai RM98.60 (termasuk GST 6%). Yuran ini adalah sekali sahaja.

4. Apa yang saya dapat dalam Pakej Mula (Starter Pack) itu?
Anda akan dibekalkan 1 kad SIM mengandungi Kredit RM30 + Data 1GB (promosi) + Alat Bantu Promosi seperti buku panduan, flyers dan sebagainya.

Selain itu, kos lain adalah Tunai Taja RM20 untuk perujuk anda memandangkan ini adalah program masyarakat berniaga. GST 6% pun bernilai RM5.60 termasuk dalam pembayaran tersebut.

5. Adakah saya perlu tukar Kad SIM yang digunakan sekarang? 
Apabila anda mendaftar sebagai ahli, kami akan memberikan anda 1 kad SIM program ini beserta 1 nombor baru.  Sebagai ahli anda perlu gunakannya seperti biasa.

Namun, jika anda ingin mengekalkan nombor lama anda di Kad SIM program ini pun sangat kami galakkan agar anda tidak menggunakan banyak talian talipon,

6. Bagaimana untuk mengekalkan nombor lama tetapi mengunakan Tune Talk ini?
Lakukan pembelian Sim Kad  program ini terlebih dahulu dan anda akan diberikan satu nombor baru Tune Talk. Pada masa yang sama, anda boleh memberitahu perujuk anda untuk melakukan ‘Port In’ mengubah ke talian lama anda. Bagi ahli Tone Plus, anda boleh melakukannya sendiri seperti langkah 5 dalam Pejabat Maya anda.

Jika anda menggunakan prepaid juga di rangkaian lama, proses perubahan akan mengambil masa 24 jam. Jika anda menggunakan talian berbayar di rangkaian lama, maka anda perlu berhubung dengan rangkaian lama dan membayar segala hutang tertunggak sebelum melakukan proses Port In. Pastikan talian lama anda tiada kontrak dan atas nama anda sendiri.

7. Adakah saya akan mendapat web promosi di www.mytoneplus.com?
Ya. Sesiapa saja yang mendaftar ahli dilaman web promosi akan mendapat satu web promosi percuma dengan link URL tanpa sebarang bayaran.

8. Bilakah saya akan terima Sim Kad selepas membuat bayaran?
Kad Sim akan diposkan menggunakan Poslaju dan akan sampai di antara 3 hingga 5 hari bekerja bergantung kepada lokasi alamat anda.

9. Bolahkah warganegara asing menyertai program ini?
Ya boleh, dengan syarat mempunyai passport dan akaun bank Malaysia.

10. Bagaimana nak Top Up?  
Top Up kredit talian ini boleh dibeli dimana-mana agen Top Up seluruh pelusuk Malaysia. Anda hanya beli Top Up – Tune Talk. Terdapat pelbagai nilai Top Up RM5, RM10, RM30 dsbnya.

11. Berapakah nilai maintain Top Up bulanan dan apa terjadi jika saya tak maintain? Bagi pelan Tone Excel anda perlu Top Up sebanyak RM20 atau RM60 sebulan memandangkan Tone Excel mempunyai 2 skim pembayaran. Bagi Tone Plus pula adalah RM30 sahaja. Anda boleh beli Top Up secara sedikit-sedikit secara terkumpul dalam sebulan.

Jika anda tak maintain Top Up, maka tak layak dapat komisyen bagi bulan tersebut sahaja, tetapi akaun anda tetap kekal aktif.

12. Boleh kah menggunakan sahaja Kad SIM tersebut tetapi tidak cari orang?  
Boleh. Anda tetap dapat segala faedah dalam program kami kecuali faedah kewangan sahaja.

13. Bila dan siapakah yang akan membayar komisyen saya?
Bagi Tone Excel, pembayaran insentif ‘Fast Track’ Bonus Rujukan, adalah dibayar 2 kali iaitu pada 11 haribulan dan akhir bulan. Insentif Komisyen Top Up pula dibayar sekali sebulan pada setiap 21 haribulan. Ia akan dibayar oleh syarikat pengendali Tone Excel Sdn Bhd terus ke akaun bank anda.

Bagi Tone Plus, pembayaran komisyen adalah pada 25hb setiap bulan. Ia akan dibayar oleh syarikat pengendali iaitu Tone Plus Sdn Bhd terus ke akaun anda.

Pembayaran akan dilakukan apabila anda mempunyai komisyen terkumpul minimum RM30.00.

14. Bagaimana dengan coverage Tune Talk?
Tune Talk menggunakan infrastruktur CELCOM. Jika coverage CELCOM di kawasan anda bagus maka Tune Talk pun sama juga.

15. Bagaimana nilai mata (BIG Points) dikira berdasarkan Top Up?
Sila klik link berikut: Kiraan Mata Top Up

16. Berapa nilai tiket penerbangan berdasarkan BIG Points Top Up?
Sila klik link berikut: Nilai Mata

17. Soal Jawab berkenaan Perlindungan Insuran Kemalangan RM50,000.
Sila klik link berikut:  Perlindungan Insuran.

24 Responses to FAQ Program

  1. ramli bin zaraee says:

    salam
    sy ingin menyertai semula tunetalk dgn kumpulan tuan. soalan sy, bolehkah sy bersama seorang down line sy berpindah kpd kumpulan tuan dan membawa point air asia juga kekalkan no 010xxxxxxx kami? kalai boleh mcm mana caranya?

  2. Arifin Abdul Wahab says:

    Saya telah pun mendaftar dan akan upgrade ke VIP pada minggu depan. Terima kasih

  3. zuzana yapuan says:

    salam. saya nak tanya, bagaimana klau saya nak beli simkad tu lebih daripada 1? maksudnya jika saya dpt taja org saya akan jualkan sim kad tadi kpd org tersebut. Dan bagaimana pulak syarat untuk jadi service centre? Terima kasih.

    • Ratubuah says:

      Anda boleh membeli Sim Kad kosong seberapa banyak pun yang anda mahu. Setelah itu anda boleh aktifkan Sim Kad tersebut. Ini bergantung kepada anda budibicara Service Center (Stokist) anda.

      Perkataan “jual” kepada orang tersebut mungkin tidak kena kerana jika anda ahli biasa anda hanya “membantu” rakan lain untuk menjadi ahli dengan menolong membekalkan Sim Kad ahli kepada mereka . Harga satu Sim Kad adalah RM80, dan anda membekalkan pada rakan anda juga RM80. Walaubagaimanapun Service Center mungkin memberikan sedikit potongon untuk anda jika anda membeli dari mereka pada kuantiti yang banyak. Contohnya 10 Keping. Sila runding harga dengan Service Center anda dan ketahui cara bagaimana mengaktifkan Sim Kad tersebut.

      Syarat Service Center ada di artkel saya seperti berikut. Sila klik https://tunetalkbizblog.wordpress.com/2011/07/12/peluang-menjana-komisen-secara-infiniti/

  4. fonny (sabah,Malaysia) says:

    salam sejahtera, saya telah pun menjadi ahli. saya cuba untuk memasuki web tune talk dan telah pun mengikuti langkah bagaimana untuk login. cthnya klik forget pasword, tetapi saya dapati tiada pun maklumat atau pasword saya dihantar ke no.hp tune talk sy. bagaimana? begitu juga dengan web tone excel, saya juga tidak dapat login.

  5. muhammad nasrul ashraf bin nasruddin says:

    hai,saya terlupa password

  6. Ben says:

    Katakan saya taja 4 orang. Sistem secara automatik akan keluarkan 2 orang dan masukkan di bawah upline saya. Macam mana nak tahu siapa yang masih ada di bawah saya daripada 4 orang itu?

  7. Yus says:

    salam..bagaimana sya nk daftar sim kad tune talk excel ni?jikalau sya dpat downline tpi sya tempah sim kad downline sya tu melalui online/pihak tuan.adakah org tersebut di kira sebagai downline sya?sbab sya x nak kuar modal utk bli sim kad tu banyak2.

    • Ratubuah says:

      Ya. begitu. Bagi Tone Excel, beli Sim Kad dari ADMIN setelah itu ADMIN akan register mereka di bawah tuan. Setelah proses pendaftaran selesai, ADMIN akan hantar Sim Kad tesrsebut kepada tuan.

  8. suziana omar says:

    Bagaimana cara nak berpindah upline?

  9. Aeim says:

    Nak tanya kalau saya sudah daftar untu acc tone excel, adakaha saya masih boleh daftar untuk sim tone plus ini

  10. Mohd Shamsul kamar bin mohd nor says:

    Salam,saya dah cuba untuk buat akaun ahli masuk username,password tp masih x boleh?

  11. abdul nasir says:

    macam mana caranya.dan kena no baru ke

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s